Pages

Friday 12 July 2013

Jalan-jalan di param.


Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa.

Sejak hari pertama sehingga ke semalam (baru 2 hari), penulis tak pernah lagi ke pasar ramadhan (param) untuk membeli juadah berbuka puasa. Ini adalah disebabkan penulis balik kerja sampai rumah dan terus berbuka puasa. Tak sempat nak singgah mana-mana param dalam perjalanan balik dari tempat kerja.

Pada kebiasaannya hal menu dan juadah berbuka puasa akan diserahkan pada kebijaksanaan isteri. Isteri akan hanya tanya nak makan apa? Then dia pandai-pandailah sama ada masak sendiri atau beli di param.

Hari ni isteri request untuk beli kuih-muih kerana tak sempat nak singgah di param, jadi penulis ambil kesempatan untuk jalan-jalan di param sambil ambik gambar suasana di pasar ramadhan di Taman Samudera, Batu Caves yang penulis singgah sebelum balik ke rumah untuk berbuka bersama isteri dan anak-anak.

Penulis singgah di gerai favourite penulis iaitu gerai Murtabak Gombak untuk membeli murtabak ayam. Oleh kerana penulis adalah regular customer sejak dari beberapa tahun yang lalu jadi tokey dia telah beri harga istimewa. Dapat diskaun RM1. Satu murtabak berharga RM3.00, penulis beli 2 murtabak ayam dan bayar RM5.00.


Oleh kerana penulis sampai di param pun dah agak lewat, masa tu dah pukul 07:15PM jadi suasana di param agak lengang kerana pengunjung dah balik rumah dan bersedia untuk berbuka puasa.



Penulis sampai di rumah tepat-tepat jam 07:30PM dan ngam-ngam masa untuk berbuka puasa dengan keluarga.

Sekian.
posted from Bloggeroid

34 comments:

  1. Teena pun baru pergi basar semalam, rasanya sume makanan dah naik harga, beza dengan tahun2 lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya betul la tu. Saya takde la tengok2 sangat harga2 makanan semalam tapi just compare harga murtabak kat tempat sama tahun lepas adalah RM2.50. Tahun ni RM3.00.

      Delete
  2. Pasti peluang mengunjungi bazar ramadhan ini tidak akan dilepaskan. Maklumlah...setahun sekali. Biar mahal manapun, pasti ada jua yg di bawa pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutama makanan yang jadi favourite kita. Juadah yang mesti dibeli walaupun mahal.

      Delete
  3. Fifi lama dah tak pergi bazar..last year langsung tak pergi sebab bazar selalu penuh je..tahun ni tak pasti la :3

    p/s: meliur pulak tengok pic murtabak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak suasana kurang sesak, pergi bazaar ramadhan masa dah dekat-dekat berbuka puasa. Sure tak ramai orang dan kadang-kadang boleh dapat harga murah.

      Delete
  4. tahun ini aiza belum lagi ke bazar ramadan.. memasak di rumah sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah kalau masak sendiri kat rumah. Kadang2 beli kat bazaar ramadhan ni kita tak puas hati sebab tak ikut selera kita. Contohnya, nampak macam sedap tapi tawar.

      Delete
  5. salam ramadhan dan momoy follow sponsor GA sis mia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Princess Momoy. Ada gak tuan puteri yang sudi follow blog ni. Done follow you princess.

      Delete
  6. sedapnye murtabak..my peberet jugak tu

    follower ke 173..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Waaa...sedap tu murtabak...saya belum lg ke param..just masak kat umah..en. hubby ada la pegi 2-3 kali (kalau sempat..sbb slalu sampai umah nk masuk waktu berbuka) ...sbb kat umah yg makan nasi en suami jer..saya prefer makan kuih, laksa, mee....sbb memang dah di ajar mcm tu sejak dr kecik..huhu...KECUALI nasi daging...haa..yg tu boleh...makan pun mmg selalu sekali jer..tak tambah2..kalau kuih tu...nk jugak makan berkeping2...kalau en suami tk sempat ke param..saya greng jer cucur segera...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbelanja untuk berbuka puasa mana yang perlu aje. Bersederhana.

      Delete
  8. Param....satu istilah yg baru....aku suka istilah ni....hahaha.
    Tadi pun baru blk dari param....mcm2 beli..senak perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya .. param ni dah lama digunakan cuma akhir2 ini ianya jarang digunakan. Mungkin hanya popular dikalangan orang2 veteren macam saya aje kot.

      Delete
  9. assalam, hari ahad semalam pertama kali bunda ke param hanya nak cari murtabak...hujan pulak tu..susah nak berjalan...anak bunda beli roti john pastu terus balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat tak beli murtabak tu? Murtabak ni saya punya favourite bila bulan puasa.

      Delete
  10. salam. abe belum gi ke param thn ni...beli juadah di gerai2 dkt sek n rumah aje...dgr kata sesak tul jln ke situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Param ni sebenarnya menguji nafsu kita untuk berbelanja. Hati-hati.. hehehe..

      Delete
  11. Itu hari saya pergi param kat kelana jaya beli murtabak. Tapi hampanya sebab tak sedap... Huhu... Bulan posa la katakan, segala makanan yg dijual pun tawar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang peniaga ni tak jaga customer. Berniaga hanya untuk dapatkan untung semata-mata. Ambik peluang berniaga di bulan puasa.

      Delete
  12. Salam Ramadhan dari Ummi :)

    Dari segmen Mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga dan selamat datang.

      Delete
  13. nampak meriah jer bazaar ni...Salam Ramadan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar kedua tu dirakam pada jam 7.20PM. Orang dah kurang. Kalau awal-awal memang penub sesak jalan ni. Boleh tahan la meriahnya.

      Delete
  14. hai.. salam kenal,
    follower no.205
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you and I already followed you.

      Delete
  15. Terima kasih kerana sudi singgah. InsyaAllah blog saudari akan saya lawati.

    ReplyDelete
  16. sedapnya mutabak..fav. tu.. kalau makan mcm tak ckup..hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.