Saturday, February 23, 2013

Selamat hari lahir Adriana [Restoran Al Rawsha]

En. Hasmani, Adriana, Pn. Shana
Hari ini diadakan satu majlis menyambut hari lahir Adriana iaitu sepupu kepada anak-anak penulis. Majlis sambutan hari lahir ini telah diadakan di Restoran Al Rawsha, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ini adalah majlis hari lahir yang pertama untuk Adriana.



Majlis bermula pada jam 13:00. Penulis keluar rumah agak lewat kerana menunggu Syafiq habis main bola. Kami sampai di Restoran Al Rawsha tepat jam 14:10.

Makanan telah pun terhidang bila kami sampai. Boleh dikatakan semua ahli keluarga hadir pada majlis sambutan hari lahir ini kecuali Abedi, Kak Ela dan keluarga yang berada di Penang.

Seperti biasa bacaan doa oleh Abah sebelum kami semua mula makan.

Seronok juga buat parti hari lahir kat restoran ini. Makanan memang sedap kerana kami semua adalah peminat makanan arab.

Sukanya Adriana...
Jika anda semua layari laman-laman blog yang bercerita tentang Restoran Al Rawsha ini anda akan terjumpa review blogger yang mengatakan ada perbezaan dari segi rasa menu-menu yang ditawarkan antara dari restoran di Jalan Damai (telah ditutup) dan di Jalan Kampung Pandan ini. Contohnya rasa seperti ayam mandy, kambing mandy dan sebagainya. Bagi penulis, rasanya tetap sama.

Sekian.

Nota kaki: Gambar-gambar yang dipaparkan disini adalah dari kamera handphone En. Hasmani (bapa Adriana). Penulis akan cuba dapatkan gambar dari kamera DSLR kepunyaan Chef Aswad dan juga dari kamera penulis sendiri tetapi masih belum berkesempatan untuk transfer ke blog. Lagipun terlampau banyak gambar yang diambil. Perlu pilih-pilih jugak sebab takkan nak masukkan semua gambar.

[Update]
Photos of the event..














































Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet

4 comments:

  1. Lagi satu buat birthday kat luar..tak yah kemas-kemas..lepas makan terus cabut..hehehehehe
    Tapi duit pun tercabut gak..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak buat birthday party kat sini, budget kena lebih skit..

      Delete
  2. selamat hari lahir adriana.. comelnya dia.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah dapat lesen berjalan, asyik nak bergerak aje. Jenuh pulak mak ayah nya duk control takut2 terjatuh.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.