Pages

Thursday, 28 February 2013

Segmen: Permulaan Perjalanan Blog Saya

Klik pada banner diatas untuk join segmen ini.
Syarat-syarat:-
  1. Follow blog MaileyJayley: Done.
  2. Klik pada banner untuk dapatkan image banner: Done.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Permulaan Perjalanan Blog Saya: Done.
  4. Tag minima dua org rakan: (1) Mia Liana, (2) Hanif Idrus.
  5. Paste URL di ruangan komen entri tersebut: Done.


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada di dalam entri seperti yang diminta oleh penganjur.
  1. Nama blog: blog of amir rofie
  2. Tarikh mula: 1hb Oktober 2005
  3. Kenangan manis & pahit semasa berblog: Kenangan manis: Banyak aktiviti kekeluargaan dapat diabadikan dalam blog ini. Kenangan Pahit: Sejak blog ini didaftarkan (Okt 2005) sehingga hujung tahun 2012, hanya ada 2 org followers sahaja.
  4. Idola masa mula blogging: Dari Banting Ke Fukushima (bluehikari.com). Blogger: Rudy.

Pengunjung boleh membaca bagaimana blog of amir rofie ini bermula seperti yang dipaparkan dibawah ini.

Penulis mula kenal dunia blogging ialah pada penghujung tahun 2001 di mana masa tu rakan sekerja telah memperkenalkan satu laman blog yang menarik. Laman blog tersebut adalah bluehikari.com yang dikendalikan oleh seorang pemuda bernama Rudy. Blog ini banyak berkisar tentang kehidupan seorang pelajar dari Banting, Malaysia yang menyambung pengajian di Fukushima, Jepun. Memang kena dengan tema yang dipilih "Dari Banting ke Fukushima".
Memang menarik kisah hidup Rudy di sana yang mana memberi ilham kepada penulis untuk turut sama bergelumang dalam dunia blogging.

Pada penghujung bulan September 2005 barulah penulis memberanikan diri untuk mempunyai blog sendiri dan pada 1hb Oktober 2005 adalah titik mula blog of amir rofie ini. Pada waktu itu penulis tidak mempunyai idea apakah yang hendak ditulis. Penulis mencari-cari ayat-ayat yang sesuai untuk ditulis di dalam blog. Sehinggalah pada suatu ketika, timbullah satu ilham untuk menulis tentang kehidupan keluarga penulis yang mana tujuannya hanyalah sebagai tatapan kami sekeluarga termasuk anak-anak untuk dijadikan kenang-kenangan bila penulis sudah tua dan anak-anak sudah membesar nanti.

Cerita-cerita yang ditulis juga hanyalah sebagai jurnal perjalanan kehidupan keluarga penulis. Gambar-gambar yang dipaparkan hanyalah sebagai kenang-kenangan dihari tua nanti.


Jika dilihat jumlah komen dan jumlah pageview di blog ini teramatlah rendah sekali kerana memang tiada orang jenguk pun blog ini. Sebabnya objektif asal penulis mempunyai blog bukan untuk paparan umum. Memang tiada niat untuk dikongsikan kepada dunia luar. Ianya hanyalah untuk tatapan penulis dan isteri sahaja. Bilangan follower pun hanya 2 orang sahaja. Bayangkan dari tahun 2005 hingga tahun 2012, hanya 2 orang follower sahaja.

Sehinggalah pada awal tahun 2013 ini, penulis terjumpa satu laman blog kepunyaan blogger En. Hanif Idrus dan join satu segmen giveaway yang dianjurkan. Tujuan En. Hanif Idrus menganjurkan segmen giveaway ini adalah untuk mencari seberapa ramai follower di blog beliau. Dari situlah, penulis tahu cara bagaimana untuk menambah bilangan follower a.k.a. bakal pembaca blog anda. Jutaan terima kasih penulis ucapkan kepada En. Hanif Idrus kerana membuka mata penulis tentang bagaimana cara untuk berblogging dengan jayanya.

Buat masa ini, penulis berpendapat, apa salahnya jika penulis kongsikan blog ini untuk tatapan umum.

Begitulah bagaimana blog ini bermula dan pageview pun mula bertambah beserta dengan bilangan follower di blog ini. Walaupun tidak ramai follower dan pageview pun tidak tinggi mana tetapi penulis berpuas-hati dengan pencapaian setakat ini.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.

16 comments:

  1. wahhhh terbaikk ahhh.... terima kasih ya tag mia...

    ReplyDelete
  2. As salam, tak mengapa... saya pun bermula dengan beberapa orang sahaja follower saya. Bermula dgn join segmen Mia lah follower saya bertambah. Hasil dari pembacaan dan rajin blogwalking dan meninggalkan komen seikhlas hati juga membuatkan follower saya semakin hari semakin bertambah. Cara penulisan pun sedikit demi sedikit saya cuba pertingkatkan kualitinya. Walau tak sehebat Mia, saya bersyukur blog saya semakin mendapat sambutan. Saya dah follow dan meletakkan blog en. amir ke dalam bloglist blog ieta (ada di tab page)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat yang diberikan.

      Delete
  3. SUNGGUH TERSUSUN AYAT NI, SUKA BACA... SAYA FOLLOW BLOG ANDA... SAYA PUN MULA DENGAN JOIN SEGMEN, gIVEAWAY DAN CONTEST DI LAMAN BLOG YANG ANJURKAN.. DARI SITU LA FOLLOWER SAYA MENINGKAT... GOOD LUCK DAN SELAMAT MAJU JAYA... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the comment. Good luck and selamat maju jaya to you too.

      Delete
  4. This is so great I think others could benefit from learning about it. Can I share your work at our team meeting/with my peers/with my boss, etc.?https://crackpluskey.com/winzip-crack-free-download/

    ReplyDelete
  5. To be honest, when we started the project I wasn’t sure we could pull this off but you certainly did it and did it well.https://crackedversion.com/wondershare-recoverit-crack-full-version-2020/

    ReplyDelete
  6. https://usecracked.com/fl-studio-full-crack-special-torrent-version/
    We are thrilled to have you on our team and this is exactly why we need you.

    ReplyDelete
  7. I guess I am the only one who came here to share my very own experience. Guess what!? I am using my laptop for almost the past 2 years, but I had no idea of solving some basic issues. I do not know how to Crack Softwares Free Download But thankfully, I recently visited a website named Crackedfine
    FL Studio Crack
    PDFmate PDF Converter Pro Crack

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing informative content!
    Download Now

    ReplyDelete
  9. Keep up the wonderful work. I wish you a good time.
    https://crackguru.net/photofiltre-studio-x-crack/

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.