Hari Ahad lepas (27hb Januari 2013) penuh dengan aktiviti kekeluargaan di Seri Kenangan (rumah parents). Memang memenatkan sebab 3 majlis disatukan dalam satu hari.
Oleh kerana penulis agak sibuk dengan kerja harian, baru hari ini penulis berkesempatan untuk menulis mengenai ketiga-tiga majlis tersebut.
Oleh kerana penulis agak sibuk dengan kerja harian, baru hari ini penulis berkesempatan untuk menulis mengenai ketiga-tiga majlis tersebut.
Majlis cukur rambut Adam | BBQ | Sambutan hari lahir |
Majlis cukur rambut Adam.
Bermula dengan majlis cukur rambut anak saudara, Adam Harith Bin Zafarul Aswad (Chef Aswad). Majlis bermula pada pukul 11:00AM yang dihadiri oleh anak-anak murid dan rakan rapat Tn Hj Rofie dan Pn Hjh Rahmah, adik-beradik serta keluarga terdekat, ibu kepada Chef Aswad, abang kepada Chef Aswad sertai isteri dan anak-anaknya dan tidak lupa juga, sepupu yang tinggal berdekatan.
Tn Hj Rofie adalah tunggak utama yang mengetuai majlis cukur rambut ini. Setelah selesai majlis cukur rambut, tetamu telah diraikan dengan jamuan nasi minyak yang menjadi menu utama untuk majlis ini dan iainya disediakan oleh Pn Hjh Rahmah dan dibantu oleh menantu-menantunya.
Majlis hari lahir Irfan, Hazim, Danish.
Kemudian, pada pukul 6:00PM, majlis hari lahir Irfan (7 tahun), Hazim (4 tahun, anak Cikgu Hafidz dan Cikgu Nanie), dan Danish (2 tahun) pula menyusul. Majlis dimulakan dengan Tn Hj Rofie membacakan doa dan diikuti dengan nyanyian selamat hari lahir oleh para tetamu kepada Irfan, Hazim, dan Danish.
Untuk majlis hari jadi ini, sebuah kek coklat indulgence, kombinasi untuk ketiga-tiga mereka yang telah ditempah khas oleh Pn Joharita. Selain dari kek, makanan seperti mini sosej, chicken nugget, nasi minyak dan ada beberapa jenis makanan lagi yang penulis tidak ingat telah disediakan kepada tetamu yang hadir iaitu terdiri dari keluarga terdekat.
Macam biasa bila ada acara sebegini, tidak sah kalau tiada acara bergambar beramai-ramai.
Bar-B-Que 2013.
Seterusnya, pada pukul 7:00PM, kami sama-sama buat persiapan untuk majlis kemuncak iaitu BBQ 2013 yang telah dirancang dari awal tahun lagi dan barulah Ahad lepas, segala perancangan menjadi realiti.
Untuk majlis BBQ ini, makanan yang disediakan adalah lamb leg, sirlion steak, chicken wing, sotong, BBQ sos, tartar sos, potato. Chef Aswad adalah orang yang banyak memberi idea mengenai persiapan bahan-bahan makanan untuk BBQ. Persiapan makanan banyak dibantu oleh Chef "wannabe" Addylly Faisal, Pn. Liza, Pn. Ita, Ustazah Nini, Pn. Nira, Pn. Shana, dan ketua Chef iaitu Hjh Pn Rahmah.
Sebaik sahaja solat maghrib berjemaah selesai, bara api pun sudah disediakan (terima kasih kepada Cikgu Hafidz kerana membekalkan minyak petrol secara percuma yang mana ianya telah disedut dari tangki minyak motor beliau dalam usaha untuk menghidupkan bara api), bahan-bahan mentah pun telah tersedia maka acara BBQ pun bermula. Walaupun hujan turun renyai-renyai, ianya tidak mampu untuk mematahkan semangat kami ber"BBQ".
Sebenarnya disamping acara BBQ, ada satu kejutan telah dibuat yang mana Pn Joharita (isteri) dan Kak Long (anak kepada Pn. Liza) juga diraikan hari lahirnya. Sebuah kek coklat juga telah ditempah untuk mereka berdua. Maaf sebab nama Kak Long (Safirah Nabila) tidak tertulis pada kek yang ditempah kerana yang tukang tempah (iaitu penulis sendiri) terlupa nak masukkan nama Kak Long.
Lebih kurang pukul 10:30PM, acara buka hadiah telah berlangsung yang mana ianya dibuka dihadapan semua tetamu. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang sponsor hadiah-hadiah ini.
Setelah selesai acara buka hadiah, kami semua beralih kepada acara BBQ semula. Seronok bila buat acara santai begini disamping dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.
Hanya satu keluarga sahaja yang tidak dapat bersama dalam acara BBQ kali ini iaitu keluarga En. Rafidi dan Pn Ela yang tinggal di Penang. Mereka tidak berpeluang untuk balik ke Gombak atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Moga acara BBQ akan datang, mereka akan bersama.
Acara BBQ ini telah diakhiri dengan acara mengemas rumah dan setelah selesai berkemas, kami bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.
ceria jer semua org........
ReplyDeleteSeronok tapi penat lah sikit
Deletewahhhh meriahnya....
ReplyDeleteMeriah bila dah ramai macam ni.
Delete