Pages

Friday, 8 February 2013

Persediaan balik kampung

Malam ini hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Hujan rahmat barangkali. Kepada pengungjung yang mengambil peluang bercuti di kampung halaman sempena cuti tahun baru cina, selamat memandu, moga sampai ke destinasi dengan selamat.

Penulis sekeluarga juga akan pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu untuk bercuti di sana dan juga untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Kami sekeluarga akan bertolak esok pagi memandangkan malam ini ramai yang sudah memulakan perjalanan ke pantai timur.



Kalau perhatikan laporan dari pengguna Waze (satu applikasi GPS - boleh download dari Google Play bagi pengguna Android smartphone) ni, trafik agak teruk di Tol Gombak menuju ke Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kelajuan purata lebih kurang 10km/j sahaja. Pemandu-pemandu perlu punyai tahap kesabaran yang amat tinggi jika dalam keadaan begini.

Bersama-sama dengan keluarga penulis yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung esok adalah Cikgu Hafidz (adik bongsu) sekeluarga. Parents sudah pun bertolak ke kampung bersama-sama dengan seorang adik lagi dan keluarganya menaiki kapal terbang. Tak sanggup dah mereka mengharungi trafik jem jika menaiki kereta untuk pulang ke kampung seperti yang dialami mereka bila ada cuti panjang seperti ini.

Penulis akan cuba tidur awal malam ni sebagai persediaan fizikal untuk mengharungi perjalanan yang jauh pagi esok. Dikala penulis menaip entri ini, kelihatan isteri sedang giat packing baju anak-anak untuk dibawa pulang ke kampung. Bukan senang nak mengemas dan pack barang-barang untuk 5 orang anak.

Cukup sampai disini sahaja dulu. Penulis nak berehat sebelum memulakan perjalanan pagi esok. Selamat memandu kepada yang sedang memandu.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.

1 comment:

  1. wahhhh... jb pun hujan juga ni..... have a safe journey ya amir...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.