Sunday, February 17, 2013

Dinner di Island BBQ Steamboat

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua. Hari ini penulis ingin kongsikan pengalaman makan petang + malam di restoran Island BBQ Steamboat pada hari Sabtu 16.02.2013. Restoran ini adalah kepunyaan Pn. Faridah Abdul Rahman dan suaminya. Pn. Faridah ini adalah rakan kepada isteri penulis semasa belajar di universiti di Amerika Syarikat sewaktu masa dahulu.




Dibawah ini disertakan sedikit maklumat mengenai lokasi, nombor untuk dihubungi, dan harga yang telah ditetapkan.

ALAMAT:
Lot 3370, Jalan Kemboja,
Seksyen U5, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

TEL: (+6) 012 6 8000 41

GPS: N 03  09.746′   E 101  31.765′

GOOGLE MAP:
Cari Jalan Kemboja dan pilih Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.


HARGA:
  • Dewasa: RM21.90
  • Kanak-kanak (6-12 tahun): RM9.90
  • Kanak-kanak (bawah 5 tahun): Percuma.
Acara makan-makan ini telah diilhamkan oleh para pekerja satu section dibawah kelolaan penulis. Acara ini juga sebagai satu majlis perpisahan dengan En. Aidil (staff) yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai jurutera di syarikat kami bekerja dan akan membuka satu perniagaan di Melaka. Harapan penulis semoga En. Aidil sukses dalam bidang baru yang akan diceburinya.

Kesemua staff hadir bersama dengan keluarga masing-masing kecuali ada 2 orang staff yang mengalami masalah kesihatan dan 1 orang yang bersalin pada hari yang sama, tidak dapat hadir. Kepada En. Azhar dan En. Hasmunir yang mengalami masalah kesihatan agar cepat sembuh dan kepada Pn. Nazeyra dan suami, tahniah dari kami kerana telah dikurniakan seorang baby boy yang handsome.

Tahniah kepada Pn. Nazeyra dan suami dari kami atas kurniaan baby boy ini.


Staff yang hadir sama menjayakan acara makan-makan dan majlis perpisahan ini adalah En. Nani dan keluarga, En. Isnashahir dan keluarga, En. Helmi dan keluarga, En. Shamsul dan isteri, En. Sahrom dan keluarga, En. Ezam dan keluarga, En. Aidil dan isteri, En. Rozali, En. Hazami, En. Azri dan keluarga, En. Adi dan keluarga, En. Zaki dan tunangnya.

Acara bermula pada pukul 17:00 dan berakhir pada pukul 20:00. Ramai yang sampai awal dan ada juga yang terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas disebabkan hujan lebat. Penulis sendiri sampai lebih kurang pukul 18:00 kerana keluar rumah agak lewat. Kami tiada masalah mencari tempat letak kereta walaupun pengunjung yang datang agak ramai kerana ada car park tender yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah car park di persekitaran restoran tersebut.

Pelbagai jenis makanan yang disediakan. Air minuman sejuk seperti jus oren dan sirap ros juga disediakan secara free flow. Begitu juga dengan minuman panas seperti kopi dan teh disediakan secara layan diri. Dua jenis sup disediakan oleh pihak restoran iaitu sup tom yam (pedas sedikit) dan sup biasa (untuk keluarga yang hadir bersama anak-anak).



Keluarga En. Sahrom
En. Adi bersama anak sulongnya melawat pasangan sejoli, En. Zaki dan tunangnya.

Dua orang staff, En. Rozali dan En. Hazami, yang berstatus "bujang" pada hari kejadian. Isteri mereka berada di kampung.

Isteri En. Ezam dan En. Isnashahir sedang sibuk menyediakan makanan untuk  keluarga masing-masing.


Disamping makanan steamboat, pengunjung juga boleh membakar daging lembu, daging ayam yang dipotong kecil-kecil bagi memudahkan tetamu membakar diatas kuali yang direka khas. Udang juga disediakan untuk dibakar atau dicelup dalam sup panas mengelegak.



Disamping makan-makan dan berborak sesama staff dan ahli keluarga, satu acara bertukar-tukar hadiah telah dibuat. Kesemua staff yang hadir digalakkan untuk membawa hadiah termasuklah juga isteri dan anak-anak. Dua kategori hadiah telah dirancang iaitu kategori dewasa dan kategori kanak-kanak. Tujuan diadakan dua kategori adalah supaya kanak-kanak hanya akan mendapat hadiah untuk kanak-kanak dan begitu juga kepada dewasa.

Acara seterusnya adalah sesi bergambar bersama staff dan juga bergambar kenangan bersama En. Aidil yang bakal menempuh kehidupan baru dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya nanti.

Sebahagian staff yang sempat bergambar sebagai kenang-kenangan bersama En. Aidil (berbaju hitam All Black)

Sebelum pulang kami bersolat Maghrib secara berjemaah di ruang solat yang disediakan khas oleh pihak restoran. Disamping ruang solat, pihak restoran juga menyediakan tandas untuk keselesaan tetamu atau pengungjung yang datang ke restoran ini.

Rata-rata staff yang datang ke acara makan-makan dan majlis perpisahan rakan sekerja ini, cukup berpuas-hati dengan layanan para pekerja restoran, jenis-jenis makanan dan minuman yang disediakan, dan segala kemudahan seperti ruang letak kereta, tandas, dan ruang solat. Kalau boleh nak datang lagi.

Sekian dari penulis.

Sent from my Samsung mobile device via Celcom Mobile Internet.

[Update]
More photos selepas terima gambar-gambar ini dari En. Adi yang menggunakan kamera DSLR nya. Thank you En. Adi.














14 comments:

  1. Nice.. ada masa nanti boleh buat lg ni..

    ReplyDelete
  2. makan-makan ramai sebegini boleh eratkan hubungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Hanif. Memang tujuannya begitulah.

      Delete
  3. saya selalu makan kat sini..sambil tgok kapal terbang nak mendarat..syokkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kalau tak silap, tiap 5 minit hingga 10 minit, mesti kapal terbang lalu especially firefly.

      Delete
  4. Saya x penah dtg sini. Tapi tgk hidangan tu terliur betul..
    HIdangan ni sesauai benar la bagi sesiap tgh diet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la cuba sekali-sekala bawak family makan kat sini.

      Delete
  5. wahhh meriahnya.... tapi jauh la... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ke arah sini, sekali-sekala bolehlah bawa family makan sambil santai disini. Bukan nak promote tapi tempat ni memang best.

      Delete
  6. wahhh, bestnya...
    teringin nk mkn ateamboat mcm nih..
    kat png x dak rasanya.. @ nureen ja yg x tau hehehhe.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Penang ada kot cuma mungkin tak sepopular macam nasik kandar atau char kuew teow. Kalau datang sini boleh la cuba nanti.

      Delete
  7. Salam. Tumpang lalu jap. Sesape yg berdekatan area meru, boleh la menjengah ke Kampung Garden BBQ Steamboat... Ada lebih 50 jenis pilihan makanan. Ada ayam, daging, ikan, sotong, udang, ketam, kepah, kupang, lala, shell dan macam2 lagi. Pastu yg specialnya, siap ada burger bakar skali gak dlm pakej bbq steamboat. Mmg berbaloi baloi... Kalau sesiapa nak try dan nak tau lokasi, leh search dan like facebook Kampung Garden BBQ Steamboat atau hubungi 011-18715702. TQ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, bila kelapangan kami akan cuba makan steamboat kat Meru pulak. Terima kasih kerana berkongsi.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.