Pages

Sunday, 27 August 2017

Bonsai: Pine Forest (Aug 2017)

Nigel Saunders - Larch Forest
Nigel Saunders - Larch Forest

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Hari ini penulis nak cerita pasal projek terbaru yang penulis cuba buat. Nama projeknya Hutan Pokok Pine. Penulis cukup teruja dengan gambar-gambar yang dimuat-naik oleh peminat-peminat bonsai mengenai bonsai forest ciptaan mereka. Jadi, penulis akan cuba buat projek ini semampu yang boleh. Walaupun ilmu bonsai masih cetek, penulis akan cuba juga.

Penulis telah mengikuti pengalaman seorang penggemar bonsai iaitu Nigel Saunders melalui saluran YouTube nya. Beliau yang mempunyai pengalaman dalam hobi ini sudah berpuluh tahun. Penerangan beliau melalui saluran YouTube nya mengenai cara-cara penjagaan pokok bonsai sungguh mudah difahami.

Sebelum penulis meneruskan bercerita pasal projek baru ini, penulis ingin kongsikan beberapa siri video dari Nigel Saunders mengenai larch forest beliau.

Larch Forest re-potting by Nigel Saunders.
Untuk permulaan, penulis perlu memperolehi pokok yang akan dihiasi sebagai hutan dan pasu yang leper untuk diletakkan pokok-pokok ini. Pokok yang menjadi pilihan penulis adalah pokok pine. Pokok ini penulis beli di sebuah nursery berdekatan dengan rumah penulis. Harga pokok ini RM13 sepokok. Buat permulaan, penulis beli 4 pokok dahulu dan dari 4 pokok ini penulis akan tanam lagi hasil dari cantasan.

Antara pokok pine yang sedia untuk dijadikan hutan

Masalah yang penulis hadapi adalah untuk mencari pasu leper. Banyak kedai nursery yang penulis lawati memang takde jual pasu leper yang besar. Puas penulis cari tapi tak jumpa. Idea dari Nigel Saunders, beliau menggunakan seed tray atau dalam Bahasa Melayu nya, dulang benih. Dulang ini biasanya digunakan untuk menuai benih pokok. Penulis ada jugak tergerak hati nak beli seed tray ni secara online sebab tak tahu kat kedai mana yang jual tray tu tapi disebabkan kos penghantaran yang agak mahal (shipment from oversea) , penulis lupakan saja niat tu.

Seed tray yang Nigel Saunders guna.

Usaha penulis mencari seed tray tak berhasil. Penulis mendapat idea untuk menggunakan food container sebagai pasu leper. Penulis cuba mencari di kedai RM2 atau kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan plastik. Dalam proses mencari tu, penulis ternampak satu dulang plastik pelbagai warna yang leper dan berbentuk 4 segi tepat. Saiznya pun sesuai dengan kehendak penulis. Terus penulis tersenyum. Ini boleh dijadikan pasu ni. Jadi, penulis membeli 1 dulang bewarna hijau yang berharga RM8.90. Siap ada bunga raya lagi sebagai hiasan. Rujuk gambar bawah ni untuk ketahui bagaimana rupa dulang yang penulis beli tu. Dulang ini datang dengan pelbagai warna. Antaranya merah, ungu, biru, hijau, dan kuning. Warna hijau menjadi pilihan sebab penulis nak kekalkan konsep hijau dalam hutan.

Dulang plastik menjadi pilihan sebagai bonsai pot.

Bila bercakap pasal pasu, ciri-ciri yang perlu ada pada pasu adalah drainage hole. Jadi, penulis mendapat idea untuk menebuk dulang ini menggunakan drill. Beginilah rupanya drainage hole yang ditebuk menggunakan drill. Rujuk gambar bawah.

Dulang plastik dalam proses ditebuk lubang menggunakan drill.

Jenuh jugak nak tebuk lubang-lubang. Penulis habiskan dalam masa 2 jam untuk tebuk satu-satu lubang aliran air pada dulang plastik ni.

Dulang plastik a.k.a. bonsai pot telah siap ditebuk lubang sebagai drainage hole
Langkah seterusnya adalah memindahkan pokok-pokok pine ke dalam bonsai pot ciptaan sendiri. Sebelum dipindahkan, penulis perlu mengurangkan jumlah daun pada pokok supaya pokok ini tidak stress bila tukar ke pasu baru. Ini disebabkan penulis akan mengusik akar pokok pine semasa proses membersihkan bahagian akar dan memisahkan tanah asal. Nak buang daun, penulis tiada pengalaman dan tidak tahu macam mana nak buat. Apa yang penulis lakukan hanyalah mengurangkan jumlah daun sahaja. Harap-harap cara yang penulis lakukan ini berjaya dan pokok pine tidak mati.

Beginilah rupa daun pokok pine.

Kalau ada pengunjung blog ini yang tahu dan ada pengalaman menanam pokok pine, mohon ajar penulis. Bolehlah berikan tips dibahagian komen. Penulis dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ini adalah salah satu contoh pokok pine yang telah dicantas daunya.

Apabila kesemua pokok sudah dikurangkan jumlah daunnya, proses seterusnya penulis akan mengeluarkan pokok dari pasu asal. Kemudian memisahkan tanah asal dari akar. Membersihkan akar dan memotong bahagian akar yang tidak sesuai jika perlu.

Proses mengeluarkan pokok, memisahkan akar dari tanah.

Setelah semua pokok dikeluarkan dari pasu asal, penulis perlu membuat persediaan pada pasu ciptaan penulis tadi. Satu lapisan pasir akan diletakkan pada pasu. Untuk mengelakkan pasir terkeluar dari pasu, penulis meletakkan mosquito net atau dalam bahasia melayunya, jaring nyamuk pada kesemua lubang aliran air.

Mosquito net diletakkan didasar pot untuk mengelakkan pasir keluar melalui drainage hole.


Lapisan awal pasir.

Sebelum projek ini diteruskan, penulis perlu membayangkan susun atur pokok-pokok pine ini apabila berada didalam pasu leper dan membentuk menyerupai keadaan di dalam hutan. Cara try and error susunan pokok telah digunakan untuk mencari susun atur yang terbaik bagi penulis mengikut kesesuaian tinggi, dan bentuk pokok-pokok pine ini. Proses ini mengambil masa yang agak lama. Pada masa yang sama, penulis juga perlu mencari front view yang sesuai untuk setiap pokok sehinggalah penulis berpuas-hati dengan kedudukan pokok.

Langkah seterusnya adalah menanam pokok pada lokasi yang telah ditetapkan mengikut idea awal susunan pokok-pokok pine ini. Proses menanam pokok ini dibuat satu persatu. Setiap pokok akan melalui proses yang sama ketika ianya ditanam ke dalam pasu leper yang baru.

Proses yang dilalui adalah seperti berikut:-
  1. Meletakkan pokok pada lokasi yang ditetapkan
  2. Mendapatkan front view yang sesuai.
  3. Meletakkan baja di kawasan pokok yang akan ditanam.
  4. Menabur pasir pada sekeliling batang pokok bagi menutupi sebahagian besar akar.
  5. Mencucuk-cucuk pasir pada bahagian yang menutpi akar dengan menggunakan chopstick. Tujuannya adalah supaya tiada air pocket pada bahagian akar. Cucuk sehingga rasa padat.
  6. Setelah berpuas-hati dengan kepadatan pasir pada bahagian akar, barulah ditaburkan lagi pasir sehingga kesemua akar ditutupi dan tidak nampak lagi kewujudan akar terutamanya akar-akar yang halus.
  7. Kemudian pokok yang sudah ditanam perlu disirami untuk membuang kotoran pasir dan juga untuk membasahi akar pokok yang baru ditanam.
Proses try and error lokasi dan front view pokok yang hendak di tanam.

Proses letak baja di lokasi untuk ditanam pokok.

Proses tabur pasir di sekeliling pokok bagi menutupi akar.

Proses mencucuk pasir supaya tiada air pocket pada akar.

Setelah selesai proses diatas dilakukan pada semua pokok, proses seterusnya adalah menyiram dengan air bersih ke semua pokok dan pastikan setiap ruang dalam pasu disirami dengan air. Proses menyiram ini dilakukan sehinggalah air yang keluar melalui drainage hole menjadi jernih.

Pasir sedang diratakan ke semua ruang dalam pot.

Disebabkan pokok baru ditanam, akar masih belum kuat dan belum mencengkam pasir sepenuhnya. Kedudukan pokok masih belum stabil. Jadi, untuk mengelakkan pokok beralih kedudukan atau tumbang, penulis meletakkan beberapa batu kecik di bawah pokok supaya kedudukan pokok sentiasa tegak dan kemas.

Beginilah hasilnya untuk permulaan projek hutan pokok pine penulis. InsyaAllah, projek ini akan ditambahbaik lagi pada masa yang akan datang. Fokus penulis sekarang adalah untuk memastikan pokok-pokok ini kekal hidup. Setiap hari, penulis akan menyiram hutan ini sebanyak 2 hingga 3 kali sehari untuk mengekalkan tahap kelembapan pasir. Ini adalah penting untuk akar sentiasa subur.

Pine Forest (Aug 2017). Projek hutan pokok pine

Terima kasih kepada pengunjung kerana sudi lawat laman web ini. Jika tidak keberatan, komenlah sedikit tentang langkah-langkah atau proses yang penulis lakukan ini adakah betul atau salah. Penulis masih baru dalam bidang ni dan masih belajar cara-cara penjagaan pokok bonsai.

Sekian.

3 comments:

  1. Salam.. Beli kat supplier mana pokok rhu bos.. Kl ke? Ada knal nurses or suppliers murah2. Nk ktggian 3@4feet pnya

    ReplyDelete
  2. Salam nk tanya bru ni sy ada beli jugak,tapi penjual tu cakap pokok ni indoor tak boleh kena matahari ka?maki hari sy tgok pokok sy makin jadi karat ja?kena siram hari hari ka??

    ReplyDelete
  3. Jika ada penulisan baru atau ada group whatapps Tolong Joinkan saya 013-5551928

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.