Pages

Tuesday, 22 August 2017

Bonsai: Kemaskini Bonsai Bebuas1 (Aug 2017)

Pokok Bonsai Bebuas (Aug 2017)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Punya la lama penulis tak update blog ni. Hari ni penulis nak kemaskini sikit pasal pokok bonsai bebuas ni. Sebelum ni penulis pernah menulis lebih kurang 17 bulan yang lalu pasal kali pertama penulis berkecimpung dalam hobi penjagaan pokok hiasan bonsai. Pautan ke posting pertama boleh dilayari disini.


Di bawah ni penulis lampirkan sekali gambar pokok bonsai bebuas ni masa mula-mula penulis beli. Inilah pokok bonsai pertama yang penulis beli dan jaga.

Bonsai bebuas. Gambar masa mula-mula beli dulu (Mar 2016).

Dulu masa mula-mula beli, penulis tak tahu pun nama pokok ni. Sekarang ni bila dah setahun lebih berkecimpung dalam hobi ni, dan banyak bertanya dengan orangn yang lebih mahir maka tahulah bahawa pokok bonsai yang penulis beli dulu adalah pokok bebuas.

Kini setelah 1 tahun 5 bulan menjaga pokok ni, beginilah (rujuk gambar dibawah) rupa pokoknya.

Pokok Bonsai Bebuas (Aug 2017)

Sejak Mac 2016 yang lalu, sudah 2 kali bertukar pasu. Kini berada dalam pasu yang lebih menarik. Harga pasu ni tak mahal sebab bahannya hanyalah plastik sahaja. Sebenarnya baru 2 minggu penulis tukar ke pasu plastik leper ni.

Sebelum tukar ke pasu baru, penulis buang daun bagi togel. Itu sebab dalam gambar kat atas, pokok bebuas ni tak banyak daun lagi. Kenapa daun dibuang sebelum tukar pasu adalah disebabkan penulis sudah mengusik akarnya. Jadi bila dimasukkan ke pasu baru dan guna bonsai soil yang baru, akarnya masih belum kuat dan jika ada daun, pokok ini akan berada dalam keadaan tertekan sebab proses fotosintesis akan terencat.

Kalau diperhatikan pada batang pokok ini rasanya saiz besar sikit setelah setahun lebih umurnya dibawah penjagaan penulis. Dahannya pun lebih banyak dan saiz daunnya lebih kecil.

Penulis ada la hias sikit-sikit dengan lumut biar nampak macam ada rumput kat bawah pokok ni. Payah jugak sebenarnya nak maintain lumut tu supaya sentiasa hijau dan tak mati.

Sekian dulu untuk kali ni. Bila ada kesempatan, penulis akan cuba kemaskini lagi pokok bonsai bebuas ni dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.