Pages

Monday 21 March 2016

Bonsai ke ni?

Pokok Bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt..

Semalam masa dalam perjalanan balik rumah, penulis singgah di satu nursery di Sg. Buloh beli baja kompaun. Lepas beli baja, penulis tertarik dengan ada satu pokok ni. Nampak macam bonsai tapi ntahlah.


Inilah pokoknya. Apa namanya? (Mac 2016).

Sebenarnya penulis tertarik dengan akarnya. Memang menarik. Jadi, penulis ambil keputusan untuk beli pokok ni dengan harga RM40. Label yang diletakkan adalah RM50 tapi bila penulis sengih aje dengan pekerja nursery tu, dia terus letak harga RM40. Rasanya munasabah la kot harga tu.

Penulis tak tahu apa nama pokok ni dan sama ada ia dalam kategori bonsai atau pun tidak. Jika pengunjung tahu akan namanya, boleh la komen di bawah.
[Update 28 Aug 2017]: Nama pokok ni Ginseng Ficus.]

Sekian.

2 comments:

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.