Pages

Saturday, 26 March 2016

Aquascape: Layout baru


Assalamualaikum wbt..

Malam semalam penulis mencuba idea baru untuk tangki ujian 1 laman air penulis. Sebelum ini tangki ujian 1 hanya dipenuhi dengan plastik kristal yang berbentuk seperti pasir dan pokok akuatik anubias dan beberapa tumbuhan air yang penulis tidak pasti namanya.


On the way balik kerja semalam, penulis mendapat idea bagaimana nak reka layout baru supaya nampak lebih menarik untuk tangki ujian 1. Idea ini timbul setelah penulis mempelajari serba sedikit mengenai soil yang perlu ada dalam sebuah tangki laman air supaya tumbuhan boleh hidup segar dan cepat membesar. Dengan hanya plastik kristal berbentuk pasir itu, rasanya agak sukar untuk lihat progress tumbesaran pokok akuatik.

Sebelum

Selepas

Penulis akan cuba dapatkan java moss untuk diletakkan pada batu-batu supaya kelihatan seperti rumput berjurai-jurai ke arah sungai.

Setakat ini penulis agak berpuas hati dengan layout yang direka.

Sekian.

Dari kiri: Tangki ujian 2, tangki utama, tangki ujian 1.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.