Pages

Saturday, 5 March 2016

Aquascape: Tangki landskap aqua

Aquascape Paradise Shah Alam

Assalamualaikum wbt.

Hari ini penulis ke Aquascape Paradise di Shah Alam untuk membuat tempahan tangki landskap aqua yang pertama buat penulis.

Rekabentuk yang penulis impikan adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang dipaparkan dibawah ini. Gambar adalah hasil carian Google dan bukan hakmilik penulis.



Pilihan pertama
Pilihan kedua
Hasil carian penulis melalui Google, penulis menemui Aquascape Paradise yang lokasinya berdekatan dengan kawasan rumah penulis. Penulis memilih Aquascape Paradise adalah kerana outlet mereka cukup lengkap dengan peralatan landskap aqua.

Keputusan untuk memiliki tangki landskap aqua ini dibuat adalah kerana minat yang tinggi pada hobi ini walaupun tiada pengalaman dan pengetahuan tentang landskap aqua.

Pada pendapat penulis, memang penulis tidak akan dapat pengalaman untuk penyediaan awal tangki ini kerana segala persediaan akan dibuat oleh pihak Aquascape Paradise. Semasa persediaan tangki, penulis akan ambil peluang ini untuk bertanya soalan-soalan bagi menimba ilmu dari petugas Aquascape Paradise.

Jika hanya datang ke kedai tersebut tanpa membuat apa-apa tempahan dan terus bertanya macam-macam soalan, minta tunjuk ajar itu dan ini, kemungkinan besar penulis tidak akan dilayan sangat. Itu anggapan awal penulis. Mungkin anggapan awal penulis itu meleset. Yang penulis perhatikan, mereka ini tidak kedekut ilmu kerana apabila seseorang itu begitu minat dengan hobi ini, mereka akan cuba bantu bagi merealisasikan impian memiliki sebuah tangki lanskap aqua sama melalui tempahan atau membuatnya sendiri.

Walaupun mereka tidak kedekut ilmu dan disebabkan keinginan penulis yang begitu tinggi untuk memiliki sebuah tangki landskap aqua, penulis membuat juga tempahan.

Berpandukan gambar pilihan yang dipaparkan diatas, gambar pilihan kedua telah dipilih kerana ranting kayu seperti didalam gambar pilihan pertama tiada dalam stok di Aquascape Paradise. Pihak Aquascape Paradise mencadangkan sebuah tangki bersaiz 45cm x 30cm x 30cm, pam dan penapis jenis waterfall yang akan digantung diluar tangki.

Untuk pokok, kayu paya bakau (drift wood) yang mempunyai banyak ranting sebagai pilihan untuk dijadikan sebagai pokok. Di sekitar bawah pokok akan ada batu-batu, rumput carpet (monte carlo), rumput lalang dan java moss. Begitulah cadangan rekabentuk yang dirancang dan dimaklumkan kepada staff Aquascape Paradise untuk beliau mendapat idea bagaimana rekabentuk yang penulis inginkan.

Berikut adalah progress bergambar bagaimana tangki landskap aqua penulis dibuat.

Staff Aquascape Paradise mula membuat setup pada tangki dengan memasukkan "5 element" yang mengandungi bakteria dan beberapa element lagi yang penulis tak berapa ingat. 

Amazonia soil dimasukkan disebelah kanan dan kiri tangki. Ini adalah untuk pengudaraan dalam tanah. Batu-batu juga disusun mengikut rekabentuk yang diminta.

Kemudian dimasukkan Amazonia powder untuk menutupi bahagian kiri kanan tangki dan shurui sand dibahagian tengah umpama seperti sungai. Ranting kayu paya bakau (drift wood) diikat kepada batu yang dijadikan sebagai tapak pokok juga disusun rapi. Kemudian tanah powder dimasukkan sekali lagi untuk menutupi bahagian-bahagian yang dirasakan perlu.

Setelah selesai membuat susunan rekabentuk yang diingini, plastik diletakkan didalam tangki sebagai permulaan untuk memasukkan air. Plastik digunakan supaya curahan air tidak mengganggu struktur sususan batu-batu, tanah, pasir, dan batang pokok.

Air telah dimasukkan.

Kemudian, aquatic plant monte carlo disusun rapi untuk dijadikan seperti rumput karpet. Pokok seperti lalang disusun dibahagian belakang. Java moss juga diletakkan pada bahagian batu ditepi-tepi "sungai".

Oleh kerana penulis tidak boleh lama berada di Aquascape Paradise, penulis meninggalkan tangki seperti dalam gambar terakhir itu. Mengikut kata staff Aquascape Paradise, dia akan pasang pam dan penapis dan biarkan untuk beberapa jam. Lewat petang atau awal malam, beliau akan mula menyusun java moss pada ranting kayu untuk dijadikan daun kepada pokok tersebut.

Esok pihak Aquascape Paradise akan membuat penghantaran ke rumah penulis yang dijadualkan pada pukul 2:00pm.

Tak sabar rasanya penulis nak tengok final setup pada tangki landskap aqua yang pertama ni.

Okay.. kita sambung esok. Sekian.

6 comments:

  1. Terbaekkk....jgn lupa upload final setup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. sudah semestinya. Dah tak sabar dah ni nak tunggu esok.

      Delete
  2. Salam tuan....berapa ya harga yang dikena kan aquascape untuk setup macam tuan...sebab saya pun tengah survey harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budget dalam RM700. Tidak termasuk CO2 tank, Auto-Regulator, canister filter. (barang2 ni semua saya upgrade kemudian).

      Delete
  3. Assalam Bos..nak tanya dekat aquascape tu dia ada tak tempahan buat dengan ornament(fiber atau plastik)...tak nak real punya.....kalau plastik senang jaga

    ReplyDelete
  4. Rasanya macam takde sebab tak pernah nampak pokok2 plastik atau fibre.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.