Fikiran jadi tenang bila tengok suasana dalam tangki aquatik ini. Hari ni masuk hari yang kedua tangki landskap aqua penulis beroperasi. Setakat ini masih tiada perubahan sebab memang baru lagi umurnya. Java moss (daun) yang diikat pada drift wood (batang pokok) kelihatan menjadi kecoklatan. Kalau mengikut kata staff Aqua Paradise, pada awalnya nampak java moss seperti mati tapi sebenarnya ianya masih hidup cuma ia perlu sesuaikan diri dengan tangki baru sahaja. Perlu monitor lagi seminggu atau dua barulah akan dapat lihat perubahannya.
Untuk monte carlo (rumput karpet) ianya masih hijau. Rahsia untuk melihat monte carlo cepat merebak dan segar adalah kerap menyalin air, karbon dioksida yang cukup serta pengcahayan yang konsisten.
Hari ini lepas balik kerja, penulis akan mula menyalin air buat kali pertama. Dari semalam, penulis telah aturkan pengcahayaan bermula dari pukul 3:00pm hingga 11:00pm (cukup 8 jam sehari). Mengikut kata staff Aquascape Paradise, diwaktu terang proses fotosintesis berlaku di mana pokok akuatik memerlukan karbon dioksida (penulis guna CO2 liquid) untuk mengeluarkan oksigen dan diwaktu gelap pula ia memerlukan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.
Penulis sebenarnya masih tiada alat untuk menanam (penyepit - pin set) dan mencantas (gunting - scissor) khas pokok akuatik di dalam tangki. Ini menyukarkan penulis apabila terdapat beberapa pokok monte carlo yang terapung disebabkan mungkin gelombang air didalam tangki terlalu kuat.
Jadi, penulis bercadang untuk menempah alatan-alatan tersebut dan dibawa ke rumah oleh pihak Aquascape Paradise apabila membuat penghantaran ikan-ikan pada hujung minggu ini. Rasanya untuk hobi ini, alatan tersebut adalah perkara wajib. Di sini, penulis telah belajar dari pengalaman yang baru dilalui bahawa jika tiada alatan tersebut maka akan menyukarkan penulis untuk menanam semula pokok akuatik yang terapung kerana pokok-pokok akuatik itu belum mengeluarkan akar untuk mencengkam tanah.
Cukup sampai di sini dahulu. Penulis akan cuba kongsikan progress tangki aquascape milik penulis dari masa ke semasa. Entri kali ini diakhiri dengan perkongsian gambar dari tangki tapak ujian penulis dalam hobi aquascape ini.
Sekian.
Tangki tapak ujian pertama. |
Tangki tapak ujian kedua. |
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.