Pages

Sunday, 6 March 2016

Bonsai: Beli pokok baru (Mac 2016)

Pokok bonsai (Mac 2016)

Assalamualaikum wbt.

Hari Khamis yang lepas, penulis telah melawat satu nursery di Semenyih, Sanfong Bonsai & Art Garden. Anda boleh Google nama nursery diatas (jika pautan yang diberi tidak membantu) untuk mengetahui lokasi tepat di Semenyih. Banyak pilihan pokok bonsai di sini. Harga dari puluhan ringgit ke ribuan ringgit.

Hasrat penulis ke sini adalah untuk melihat-lihat apa pilihan yang penulis ada untuk menambah koleksi pokok bonsai yang sedia ada (hanya ada satu je pun buat masa ni).

Penulis agak tertarik dengan satu pokok ni. Ianya masih kecil (rujuk pada gambar diatas) dan harganya hanya RM90 sahaja. Penulis membayangkan potensi pokok ini akan direkabentuk menjadi rendang dan batangnya besar berserta dengan akarnya yang terangkat sikit dari permukaan tanah. Jadi, penulis mengambil keputusan untuk membeli pokok ini.

Boleh ke penulis membesarkan pokok ini? (Mac 2016)

Langkah seterusnya adalah menukar pasu kepada yang lebih besar sedikit. Penulis akan menjaga pokok ini sehingga batangnya menjadi besar. Selepas saiz batang pokoknya menepati citarasa penulis, dahan-dahan baru akan dibentuk menggunakan dawai aluminium. Baja yang akan digunakan adalah baja kompaun dan dibaja seminggu sekali dengan kadar yang sedikit serta disirami dua kali sehari pagi dan petang.

Dari segi pencahayaan, penulis dinasihatkan oleh tokey kedai supaya meletakkan pasu pokok ini ditempat yang banyak kena cahaya matahari dengan kaedah pembajaan dan penyiraman seperti yang penulis maklumkan diatas.

Semua diatas adalah perancangan penulis. Boleh atau tidak penulis mendisiplinkan diri untuk menjaga pokok ini adalah soal kedua. Yang penting perangcangannya dahulu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.