Semalam penulis telah mengajukan satu soalan kepada pihak Aquascape Paradise mengenai pengcahayaan tangki aquascape. Seperti yang dinyatakan kepada penulis sebelum ini, pengcahayaan maksima adalah 10 jam dan minima 6 jam sehari.
Soalan penulis lagi, jika lampu tidak dipasang selama 4 hari, apa akan jadi kepada pokok-pokok akuatik di dalam tangki. Pokok akan menjadi kekuningan kerana kurang pengcahayaan dan menyebabkan proses fotosintesis tidak berlaku dan jika lampu dipasang 24 jam selama 4 hari, kemungkinan algae akan tumbuh atau tangki jadi keruh kerana tangki mengalami kelebihan cahaya.
Soalan-soalan diatas diajukan kerana penulis akan pulang ke kampung selama 4 hari sempena cuti sekolah bermula pada hari Sabtu ini.
Pihak Aquascape Paradise mencadangkan untuk penulis memasang "plug in timer" supaya lampu boleh di On dan Off mengikut masa yang ditetapkan. Jadi, petang semalam balik dari kerja, penulis singgah kedai letrik untuk beli plug-in timer jenama TheBen untuk tujuan mengoptimumkan pengcahayaan di tangki landskap aqua dan juga tangki-tangki tapak ujian penulis.
Sampai sini dulu entri hari ini. Jika saudara/i ingin komen pasal aturan yang penulis buat ni dipersilakan dan amat dialu-alukan.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.