Ahad lepas sebelum penulis memasukkan ikan-ikan ke dalam tangki laman air utama, penulis perasan yang ditepi-tepi tangki ada warna hijau-hijau tapi tak banyak. Sah lumut dah naik. Tangki perlu dicuci.
Sebelum ini, penulis hanya menyalin air sahaja. Kurangkan 30% air dan tambah semula. Disebabkan sebelum ini memang tiada ikan lagi yang dimasukkan maka tiada bahan buangan dari ikan.
Penulis mengajukan soalan kepada pihak Aquascape Paradise, macam mana boleh naik lumut padahal cecair Stop Algae telah dimasukkan ke dalam tangki. Jawapan dari Aquascape Paradise, lumut naik mungkin disebabkan ada lebihan cahaya atau lebihan CO2. Untuk mengelakkan lumut, apa yang perlu dibuat adalah dengan mencuci tangki.
Cara yang diajar adalah menggunakan sponge untuk buang lumut yang melekat pada dinding tangki, guna berus gigi terpakai untuk cuci batang pokok dan batu-batu, cuci pam dan penapis, sedut kotoran dalam air, buang air lebih kurang 50%, masukkan air baru ke tahap asal, jalankan pam dan penapis, masukkan cecair aqua bac, stop algae, clear fast, dan CO2 booster. Tutup lampu selama 2 hari (48 jam).
Langkah-langkah diatas telah dibuat pada hari Ahad lepas dan petang ini baru boleh pasang lampu. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, penulis telah mengambil langkah mengurangkan sukatan cecair CO2 dan mengurangkan pengcahayaan dari 10 jam ke 8 jam. Timer telah diset hanya 8 jam sahaja. Kemungkinan besar, algae naik bila penulis telah set 10 jam pengcahayaan semasa penulis balik kampung selama 4 hari tempoh hari.
Sekarang ini, penulis telah meletakkan 2 ekor ikan siamese algae eater dan 2 ekor udang untuk mengurangkan kadar lumut dalam tangki jika ada. Harap-harap langkah yang diambil ini memberi kesan seperti yang diharapkan dan masalah lumut ini tidak berlaku lagi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment
TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.