Pages

Sunday 6 March 2016

Aquascape: Penghantaran tangki landskap aqua

Sudut hobi penulis

Assalamualaikum wbt.

Hari ini seperti yang dijanjikan, pihak Aquascape Paradise membuat penghantaran tangki landskap aqua yang telah ditempah semalam. Tepat jam 6:07pm staff Aquascape Paradise sampai dengan tangki yang dibungkus rapi. Memang kemas kerja dorang ni.

Sebelum mereka sampai, penulis telah menyiapkan tempat untuk diletakkan tangki landskap aqua. Siap sedia dengan power point.

Tank baru akan diletakkan di cabinet sebelah kiri.

Memang sungguh kemas dan rapi sekali kerja mereka. Banyak peralatan yang gunakan, kain diletakkan di lantai untuk mengelakkan kawasan jadi becak. Banyak cara-cara yang penulis belajar tentang bagaimana mengeluarkan dan memasukkan air, cara menanam pokok akuatik, cara sedut tanah atau pasir dan sebagainya.

Tank sudah sampai.
Pihak Aquascape Paradise sedang membuat setup.
Cara memasukkan air supaya tidak mengganggu design tank.

Penulis akan cuba mendisiplinkan diri menjaga dan membuat maintenance tangki ini. Staff Aquascape Paradise telah menunjuk ajar cara-cara untuk membuat maintenance bagi menjaga kualiti air dan kesegaran pokok akuatik.

Untuk permulaan, langkah yang perlu diambil adalah memastikan akar-akar pokok akuatik dapat tumbuh dengan subur. Cara yang perlu dibuat adalah menyalin air tangki 50% selepas 2 hari sekali dalam masa seminggu selama 3 bulan. Selepas dimasukkan semula air baru, cecair yang perlu dimasukkan adalah Aqua Bac (bakteria) dan Fast Clear (air sentiasa jernih).

Aqua Bac, Clear Fast, Algae Stop, CO2 Booster liquid.

Ikan akan hanya boleh dimasukkan selepas seminggu dari hari ini. Ini adalah kerana minggu pertama ini adalah untuk memastikan dahulu akar-akar pokok akuatik dapat memegang tanah dengan kemas dahulu. Ikan-ikan akan dihantar oleh pihak Aquascape Paradise pada minggu hadapan selepas umur tangki genap seminggu. Buat masa ini ikan pilihan penulis adalah neon tetra atau cardinal fish dan juga seekor rainbow shark.

Dari segi pengcahayaan, lampu LED perlu dibuka maksima 10 jam, minima 6 jam sehari. Dari segi tumbesaran pokok akuatik pula, cecair CO2 booster perlu dimasukkan sekali dalam masa 2 hari. Penulis tidak menggunakan tangki CO2 kerana dengan saiz tangki penulis ini, cecair CO2 booster adalah sudah memadai.

Lampu LED yang sungguh terang.

Suhu air dalam tangki adalah sekitar 27°C kebawah dan ini dapat dipastikan dengan bantuan cooling fan yang penulis telah beli dari Aquascape Paradise. Suhu dibawah 27°C ini adalah untuk memastikan kesegaran pokok akuatik dan kecergasan ikan-ikan. Mengikut kata pihak Aquascape Paradise, ikan akan kurang stress apabila suhu dalam tangki kena dengan suhu habitat asal mereka. Warna ikan akan lebih terserlah jika mereka tidak stress dan selesa dengan suhu air.

Cooling fan dengan regulator control untuk kelajuan rendah dan tinggi.

Dari segi penapisan air, pihak Aquascape Paradise telah membekalkan bio-filter yang akan diletakkan bersama filter medium didalam ruangan penapis. Lupa pulak penulis nak tanya apa tujuan dan fungsi bio-filter tu.

Pam dan bio-filter (yang warna kemerahan dalam bahagian penapis tu).

Rasanya cukuplah untuk hari ini. Penulis nak gi layan tangki landskap aqua sat.

Final setup.

Hingga kita ketemu lagi. 

3 comments:

  1. Maaf bertanya, berapa total payment untuk semua servis dan dan sebuah akuarium yang lengkap ya

    ReplyDelete
  2. Maaf bertanya, berapa total payment untuk semua servis dan dan sebuah akuarium yang lengkap ya

    ReplyDelete
  3. Maaf bertanya, berapa total payment untuk semua servis dan dan sebuah akuarium yang lengkap ya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.