Pages

Wednesday 2 March 2016

Aquascape: Kualiti air


Alhamdulillah, nampak keadaan tangki selepas dibiarkan selama 7 jam agak jernih dan stabil tapi belum tahu lagi kualiti airnya. Adakah ianya merbahaya kepada ikan dan tumbuh-tumbuhan?

Pagi ini penulis mula memasukkan ikan-ikan ke dalam tangki yang telah digubah malam tadi. Penulis akan dapat keputusan kualiti air petang nanti lepas balik kerja. Jika ada ikan-ikan yang mati atau murung dan tidak aktif, maknanya kualiti air adalah tidak bagus. Jadi, penulis perlu buat sesuatu.

Selain dari itu, penulis juga meletakkan kayu dibawah "waterfall" di mana ia adalah kawasan kemasukan semula air yang disedut oleh pam dan melalui penapis-bio dan masuk semula ke dalam tangki.

Arus di kawasan ini agak deras jadi penulis fikir elok juga diletakkan sesuatu untuk mengurangkan arus dikawasan ini. Tujuannya adalah supaya ikan-ikan selesa bila melewati kawasan ini. Takkan nak letak papan tanda kot dalam tu "Hati-hati bila melalui kawasan ini kerana arus agak deras". Kalau letak pun bukannya ikan tu boleh baca pun.

Penulis jugak menambah beberapa pokok hidup untuk menghiasi tangki laman air ini.

Jadi, kita lihat hasilnya petang nanti. Penulis berharap tiada apa-apa yang berlaku pada ikan-ikan penulis.

Sekian. Terima kasih sebab sudi kunjung blog yang tak seberapa ini.

2 comments:

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.