Pages

Monday 21 January 2013

Dinner di Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam.

Malam ni aku bawa isteri keluar dinner di satu tempat yang dicadangkan oleh Chef Aswad. Sebuah restoran kendalian "multi award winning chef" yang tidak asing lagi iaitu Chef Zubir (Chef Zubir adalah juri untuk rancangan tv realiti masakan, MasterChef Malaysia. Dinner ini aku memang plan sempena menyambut hari lahir isteri yang jatuh pada 14hb Januari 2013.

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que. Lokasi restoran ini adalah di Seksyen 13, Shah Alam. Detail mengenai restoran ini boleh diperolehi dari laman web Laman Grill dan laman facebook Laman Grill Bar-B-Que.



Baru hari ini aku berpeluang untuk bawa isteri ke restoran ini. Sebelum ini memang kami dah nak datang tapi disebabkan sibuk uruskan persekolahan anak-anak dan sebagainya, jadi memang tak berkesempatan untuk dinner berdua begini.

Kami sampai di restoran Laman Grill lebih kurang jam 8:30PM. Thanks to Chef Aswad sebab buat reservation through Chef Zubir. Kami sampai dan terus duduk di meja yang di tempah.

Ada candlelight rupanya. Setting di restoran ini sungguh cantik sekali. Suasana yang tenang. Setting lampu yang tak berapa terang dan tak berapa gelap. Sedang elok untuk dating dengan couple dan juga sesuai untuk family dinner.


Belum sempat duduk.. pelayan sampai untuk hulurkan menu. Agak sukar bagi kami nak order makanan sebab setiap helai buku menu tu banyak makanan yang sedap-sedap di mata. Belum rasa lagi tu. Setelah lebih kurang 5 minit, barulah kami capai kata putus untuk buat tempahan makanan.

Kami order Asian Style Oxtail Soup, Laman Grill's 'Burrito's, Meat Lover's Combo Platte, Watermelon Freshly Squeez dan Manggo Chilled Fruit Juice.

Sambil menunggu makanan sampai, kami borak pasal setting restoran ni yang cantik dan kemas. Nampak macam ala-ala English restaurant pulak. Banyak award yang dilekatkan di dinding. Lampu yang sesuai dengan kecerahan menyinari ruang makan. Pelayan yang memakai uniform yang kemas. Tukang masak kelihatan sungguh sibuk di dapur. Memang boleh nampak mereka sibuk menyediakan makanan sebab bahagian penyediaan makanan hanya dipisahkan dengan satu dinding kaca yang besar.



Lebih kurang 15 minit menunggu, makanan yang kami tempah tadi sampai ke meja kami dan sedia untuk di makan.

Asian Style Oxtail Soup
Laman Grill 'Burrito's
Oxtail soup ni memang sedap. Tak pernah aku rasa sup ekor yang sesedap ni. Burrito's ni aku tak makan sangat sebab isteri yang order cuma mintak dia suapkan sikit. Boleh tahan jugak sedapnya. Lepas makan dua menu ni, pelayan datang tanya sama ada kami sudah sedia ke belum untuk dia hantar menu yang seterusnya. Aku mintak dia tunggu 5 minit, untuk bagi laluan perut kami selesa menerima makanan lagi.


Meat Lover's Combo Platte
Seperti yang digambarkan dalam menu, memang menu ini ada macam-macam makanan. Dari lasagna, meat chicken, fish, onion ring, soup, garlic bread, dan salad. Kami sampai tak tahu nak makan mana dulu. Nasib baik tak order makanan lagi. Ingat dah nak order satu lagi menu sama ada crab atau lamb shank. Kalau tak, memang tak habis la kami makan malam tadi.




Kami memang kenyang hingga nak bernafas pun agak sukar. Inilah satu restoran yang kami puas hati dari segi penyediaan makanan, makanan yang sedap, suasana yang menarik, layanan yang baik. Satu restoran yang mempunyai kelas tersendiri. Jika ada peminat makanan barat yang tercari-cari restoran yang menyediakan makanan barat yang halal dan sedap, "top class service" dan suasana yang menarik, kami syorkan restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que ini.

Sebenarnya ada satu kejutan dimana apabila aku bangun untuk bayar, pelayan-pelayan di restoran itu telah memainkan lagu selamat hari lahir. Mula-mula ingatkan ada orang lain yang sambut hari lahir kat situ tapi rupanya memang ditujukan kepada isteriku. Seorang pelayan wanita datang ke meja kami dengan membawa kek yang disertakan dengan lilin dan menyanyi lagu selamat hari lahir bersama-sama dengan pelayan-pelayan yang lain. Dalam kepala otak aku ini mesti kerja Chef Aswad kerana dia sorang sahaja yang tahu aku nak bawa isteri untuk dinner malam ini sambil sambut hari lahirnya.


SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERIKU YANG TERSAYANG
Setelah selesai buat bayaran, kami sempat bergambar dengan pemilik restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Chef Zubir.

Thanks to Chef Zubir and the crew sebab "kejutan" tadi.
Then kami pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang puas.

Sekian.
__
Sent via Samsung Mobile

7 comments:

  1. Selamat hari lahir buat Kak Ita.

    ReplyDelete
  2. Wah!! mesti happy isteri dapat surprise party dari restoran tersebut....
    Makanan pun aku lihat memang awesome sangat....
    Selamat hari lahir buat isteri anda.

    Cayok untuk semua lelaki romantik didunia ..yeahhh!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi cerita. Ambiance memang selesa & cantik.
    Makanan pun nampak sedap. Nak kena cuba ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure. Yes.. you mesti cuba. Memang sedap masakannya.

      Delete
  4. Wow, this is a nice review about Laman Grill with such good recommendation. Do feel free see my review for them too at http://malaysiafood.org/laman-grill/ Thanks ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini serta berikan komen tentang review saya terhadap Laman Grill. Saya sudah melawat melawat dan baca review anda mengenai Laman Grill. Memang menarik. Boleh membuat pembaca rasa ingin mencuba masakan yang disediakan di Laman Grill..

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.