Pages

Saturday, 12 January 2013

Hari Keluarga Hj. Rofie & Hjh. Rahmah 2012 - Thistle Resort, PD.

Sebenarnya pos ini sepatutnya diterbitkan pada bulan November 2012 tapi dik kerana banyak sangat gambar maka pos ini hanya terperap di folder draft sehinggalah ke hari ini.

Hari keluarga Hj. Rofie & Hjh. Rahmah pada tahun ini (2012) telah diadakan di Thistle Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seperti tahun lepas, kami menyewa bilik untuk 3 hari 2 malam.


13hb November 2012
(Selasa)

Kami berkumpul di rumah parents (Seri Kenangan sebelum bertolak ke PD. Antara keluarga yang bertolak bersama adalah dari Gombak Utara, Gombak Selatan, Melati, dan Samudera. Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 12:00pm dan sampai pada pukul 2:00pm. Keluarga Shah Alam dan Batu Muda bertolak secara berasingan tetapi sampai ke destinasi lebih kurang waktu yang sama.

Kami tidak menghadapi masalah semasa dalam perjalanan cuma trafik jem agak teruk (nearly standstill mengikut kata Waze, satu android applikasi yang digunakan oleh penulis sewaktu perjalanan ke Thistle Resort) di Teluk Kemang kerana kereta agak banyak di jalan raya, maklum sahajalah, hari ini adalah Hari Deepavali. Ramai ambil peluang bercuti bersama keluarga di tempat-tempat seperti ini.


Kami check in ke bilik agak lewat, jam 3:00pm baru boleh masuk bilik kerana agak ramai yang bercuti di resort ini pada waktu yang sama.





Setelah semua keluarga settle di bilik masing-masing, kami berkumpul di bilik parents untuk makan-makan dan satu acara sambutan hari lahir diadakan untuk Naily, Fatini, dan Ilham. Kesemua makanan termasuk kek sambutan hari lahir di bawa dari rumah.
















Setelah kenyang, anak-anak sibuk minta izin untuk turun mandi di kolam renang. Memang agak menarik kemudahan kolam renang yang disediakan di sini. Kolam renangnya agak besar dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Lebih kurang pukul 5:30pm, kebanyakan dari kami turun ke kolam renang untuk melayan anak-anak mandi kolam. Ada segelintir sahaja dari kami yang tidak turun, mungkin disebabkan keletihan dan perlu berehat. Ditambah lagi dengan perut yang sudah kenyang.














Jam 7:00pm kami semua naik ke bilik, bersiap sedia untuk makan malam. Sekali lagi, bilik parents menjadi tumpuan semua keluarga untuk menikmati makan malam. Selepas makan malam, sesi buka hadiah kepada semua yang sambut hari lahir yang disambut petang tadi. Kami bersurai lebih kurang jam 10:15pm.



14hb November 2012
(Rabu)

Percutian kami di Thistle Resort, PD ini diteruskan lagi dengan acara yang tidak asing lagi bila bercuti ditempat sebegini adalah acara bersarapan.










Setelah semua selesai bersarapan, kami semua turun ke padang untuk acara sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa. Kami semua cukup gembira sekali. Acara sukaneka untuk dewasa tidak dapat dijalankan kerana cuaca agak panas terik. Lagipun masing-masing sudah kepenatan.












Setelah selesai acara sukaneka, kami ramai-ramai berendam dalam kolam sebelum naik ke bilik untuk berehat dan makan tengahari.

Lebih kurang jam 2:30pm, mana-mana yang masih bertenaga, turun ke bawah untuk beriadah. Antara riadahnya adalah bermain pool, ping pong dan xbox wii interaction. Best jugak main xbox ni. Sampai berpeluh-peluh. Tak perlu berjogging untuk mengeluarkan peluh.





Jam 5:30pm, kami ke pantai untuk bermain pasir. Acara mandi kolam tidak berlaku kerana sudah penat di pantai.










Jam 6:45pm kami naik ke bilik bersiap-siap untuk acara makan malam. Disamping makan malam, ada ucapan dari ketua dan penolong keluarga merangkap ibu dan bapa kami. Cabutan bertuah juga diadakan.

























Setelah selesai makan malam, kami beramai-ramai berkumpul di lobi untuk acara bergambar beramai-ramai. Kami bersurai lebih kurang jam 11:00pm. Semua naik ke bilik untuk beristirehat setelah seharian menghadapi jadual yang cukup padat.


Sekian untuk hari ini.

15hb November 2012
(Khamis bersamaan dengan 1 Muhharam 1434)

Hari ini cuaca agak kurang baik kerana hujan turun. Seperti biasa, acara bersarapan beramai-ramai menjadi acara pertama. Menu makanan tak banyak beza dari semalam. Cereal untuk kanak-kanak, roti jem dan butter, nasi goreng, chicken salami, sosej, hash brown, omelet, pancake + honey, dan ada lagi banyak makanan yang penulis tak sempat nak makan sebab perut dah kenyang.




Selesai sarapan pagi, kanak-kanak kelihatan muncung dan sugul sebab plan nak mandi kolam tidak dibenarkan oleh ibu-bapa. Akhirnya mereka dibawa ke tempat permainan interactive, bilik jagaan kanak-kanak, dan bilik movie.



Jam lebih kurang 10:30am, hujan sudah berhenti. Anak-anak sudah bersiap sedia untuk mandi kolam. Hanya diberi masa 1 jam hingga 11:30am untuk mandi kolam sebab lepas tu nak kena bersiap untuk check out. Masa yang singkat tidak disia-siakan oleh mereka. Terus turun ke bawah untuk mandi kolam. Habis masa 1 jam, memang agak liat untuk suruh dorang naim ke bilik masing-masing sebab semua masih tak puas mandi kolam.

Kami semua check out resort lebih kurang pukul 12:30pm. Setelah rileks dan bergambar, kami semua menuju ke destinasi untuk makan tengahari.





McDonalds di PD Waterfront menjadi pilihan kerana senang nak parking dan makan dalam bilik yang berhawa dingin. Tidak perlu terlalu berat kerana para pemandu akan memandu pulang tanpa rasa letih dan mengantuk.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah sebentar di sebuah masjid di Port Dickson untuk menunaikan solat zohor dan asar (jamak + qasar) sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Pun begitu, mata masih jugak mengantuk. Kami berhenti di beberapa tempat untuk hilangkan mengantuk dan ada yang meneruskan perjalanan pulang.

Penulis dan keluarga sampai di rumah lebih kurang jam 5:30pm dengan selamat dan rasa sungguh berpuas-hati dengan percutian keluarga kali ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.