Pages

Monday, 7 January 2013

Trip ke penang

Hari Sabtu lepas (05.01.2013) kami sekeluarga ke Penang untuk jalan-jalan ke rumah abang yang dah lama kami tak pergi. Kami bertolak dari Gombak lebih kurang dalam pukul 11.45am. Plan asal nak bertolak awal pagi tapi memandangkan kami akan berada di sana hingga Ahad petang dan tiada masa untuk persiapan sekolah anak, jadi kami ambik keputusan untuk bertolak lewat sedikit.

Awal-awal pagi isteri sudah mula membasuh pakaian, mengemas rumah dan packing pakaian untuk dibawa ke Penang sebab malam tadi tak sempat nak packing kerana keletihan setelag seharian bekerja. Anak-anak menyiapkan homework dan basuh kasut sekolah.

Setelah semuanya selesai, kami bertolak ke Penang lebih kurang jam 11.45am.



Kami berhenti di Hentian Sebelah Ladang Bikam untuk makan tengahari. Menu kami adalah nasi lemak buatan sendiri hasil air tangan isteri.




Selesai makan tengahari kami meneruskan perjalanan. 




Tiba di Semanggol, trafik agak perlahan sebab ada lori bawak besi buruk terbalik kat tengah jalan. Lebih kurang 40 minit kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam setengah menjadi lebih kurang 5 jam.

Kami sampai di rumah Abang Di dan Kak Ela di Bukit Mertajam lebih kurang pukul 5.00pm.

Kami disambut dengan mesra oleh Abang Di dan Kak Ela dan anak-anak mereka, Faiz, Najmi, Amelia, dan Hannah. Anak-anak pun seronok sebab dah sampai di destinasi yang dituju. Amelia dan Hannah cukup seronok sebab dapat jumpa dengan Allya. Nina tiada di rumah sebab bekerja.

Malam tu kami makan malam di Key's Char Keow Teow. Di samping char keow teow, kami juga order sate dan nasi lemak.







Selesai makan di Key's, kami buat simple BBQ di rumah Abang Di. Sambil bakar sosej dan sambil borak. Malam tu aku tidur agak lewat sebab nak tengok game West Ham vs Man Utd untuk Piala FA. Keputusan seri 2-2.







Pagi Ahad kami sarapan nasik lemak, nasi berlauk dan roti canai. Tengahari pulak kami order Nasi Beriani Ayam Ros. Memang sedap.








Selesai makan tengahari, wife berkemas untuk pulang ke KL. Habis berkemas, kami berempat bersama Abang Di dan Kak Ela ke stesen bas di Butterworth untuk beli jeruk mangga dan buah pala untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur.




Balik dari beli jeruk, tengok anak-anak tengah santai di laman rumah sementara menunggu untuk balik ke KL.





Lebih kurang pukul 4.30pm kami bertolak ke KL. Singgah di Ulu Bernam untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Kami tapau mee rebus ayam "Tu dia Pak Tam" untuk dibawa balik ke rumah. Lepas tu kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah lebih kurang pukul 9.30pm tanpa sebarang masalah.

Memang seronok perjalanan kami ke Penang kali ni walaupun tak ke mana-mana tempat menarik dan hanya lepak di rumah Abang Di dan Kak Ela saja. Lagipun kami ke sana hanya untuk santai sambil ziarah mereka sahaja. Memang tiada plan pun untuk makan angin di bandar Penang atau ke Bukit Bendera. Mungkin lain kali sahaja sebab memikirkan kami akan letih dan lesu jika ke tempat-tempat seperti yang disebut tadi. Lagipun kami tak ambik cuti pada hari Isnin dan anak-anak pun sekolah.

Terima kasih kami ucapkan pada Abang Di dan Kak Ela for goodhospitality dan juga kerana menerima kami yang berikan very short notice untuk ke sana. 

Sekian.
__
Sent via Samsung Mobile

1 comment:

  1. Agen judi Online Indonesia, Dapatkan Free Cheep
    Hanya di BACANPOKER

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.