Friday, 18 January 2013

Maharaja Lawak Mega MLM 2012 Final


Salam to all.

Malam ini sudah semestinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan rancangan realiti tv yang sangat popular sekali di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012. Anda boleh menyaksikan rancangan ini di Saluran Astro Warna atau Astro Mustika HD. Rancangan akan bermula dari pukul 10:00PM.


Pada kebiasaannya pada hari Jumaat pukul 11:00PM, aku akan ke Wangsa Maju untuk bermain badminton di Pro Badminton Centre bersama-sama dengan geng badminton. Sejak kebelakangan ni memang aku selalu lewat sampai ke court badminton sebab dok layan dulu MLM2012. Nak tengok Kumpulan Jozan beraksi. Lepas tu baru keluar rumah. Siapa yang tersingkir ke apa ke.. esok atau lusa baru tahu keputusan.

Kumpulan Jozan ni memang favourite aku sejak dari awal-awal lagi ianya ditubuhkan. Last MLM kenapa Kumpulan Jozan tak menang pun tak tahu sebab bagi aku kalau nak dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain, Kumpulan Jozan jauh lebih baik. Aku suka Jozan ni bukan sebab dia popular tapi sebab kumpulan ni banyak punch line dengan lawak yang bersahaja. Tapi 2 minggu lepas hanya Zizan sahaja yang beraksi sebab Johan tidak dapat bersama. Nampak agak terjejas sikit rating sebab sebenarnya memang payah untuk beraksi sorang-sorang yang pada kebiasaannya kumpulan ini beraksi berdua tapi bila sorang-sorang nampak kaku sikit. Mungkin Zizan perlu tingkatkan skill melawak dengan perbanyakkan lagi show seperti stand-up comedy. Bagi aku, Johan lebih cemerlang kalau stand-up comedy.

Kumpulan Jambu pun bagus juga sebab lawak yang lain dari yang lain dan kadang-kadang tak terfikir pun oleh minda. Tau-tau je memang boleh gelak.

Nak komen banyak-banyak untuk kumpulan lain takut nanti peminat kumpulan tu marah pulak. Lagipun aku tak berapa tengok sangat. Tengokpun hanya di YouTube yang orang upload sahaja. So tak nak komenlah performance kumpulan lain.

Ramalan aku untuk MLM 2012 final ni:-
  1. Jozan
  2. Jambu
  3. Shiro
  4. SayWho
  5. Boboi
Ok. Selamat menonton.
__
Sent via Samsung Mobile

[ Update ]
Keputusan penuh MLM 2012 akhir adalah seperti berikut:-

  1. Jozan
  2. Jambu
  3. Shiro
  4. Boboi
  5. SayWho
Ramalan aku tepat hanya untuk tempat pertama hingga ketiga sahaja. Tahniah buat Kumpulan Jozan.

4 comments:

  1. Replies
    1. Kita tunggu hingga habis rancangan. hahaha..

      Delete
  2. Tahniah Jozan...kita pun suka diaorang coz they all selamba aje..and dah predict awal-awal dia orang akan menang coz they all ada fan base yang kuat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa show pertama dorang tu tak sangka lak si Johan muncul. Ingatkan Zizan sengsorang dan masa tu duk ingat sure Zizan dah kehabisan idea hinggakan guna idea minggu sebelum ni. Ada kejutan rupanya. Memang sempoi.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.