Pages

Sunday, 8 October 2017

Bonsai: Tukar pasu (re-potting) Santalia4 (Oct 2017)

Bonsai Santalia / Wrigthia Religiosa - Santalia4 (Oct 2017)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis meluangkan masa untuk melihat-lihat pokok bonsai selepas membuat rutin harian iaitu menyiram pokok-pokok tanaman milik penulis. Tergerak pulak hati untuk melakukan proses re-potting pokok bonsai Santalia4.

Walaupun pokok ini nampak sihat dan berdaun lebat tapi pasu yang sedia ada agak tidak menarik. Itu sebab datang idea untuk menukar pasu.

Perkara pertama yang penulis buat adalah membuat imbasan tentang batang pokok dan mencari kedudukan hadapan (front view). 


Kemudian, penulis mencantas daun-daun yang sedia ada. Memang sayang nak cantas daun-daun ni sebab dah lebat dan cantik. Penulis mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk mencantas daun-daunnya.

Daun-daun telah dicantas.

Bila semua daun-daun telah dicantas, penulis mula melakukan proses seterusnya iaitu memisahkan tanah dari akar. Seperti biasa, penulis akan melakukannya dengan cermat. Akar-akar yang tidak perlu contohnya akar yang bersaiz besar di bahagian bawah telah dicantas. Ini bertujuan supaya pokok mampu diletakkan ke dalam pasu yang leper.

Akar pokok ini akan "disikat" dengan menggunakan root rake dan disusun dengan teratur supaya sistem akar baru ini dapat "berkhidmat" pada pokok ini dengan lebih baik.

Sistem akar pokok Santalia4

Setelah berpuas-hati dengan susunan akar, penulis mula melakukan proses seterusnya iaitu menyediakan pasu untuk pokok ini. Sebelum memasukkan pasir sungai, seperti biasa, penulis akan meletakkan jaring di bahagian bawah menutupi lubang saliran air. Tujuan jaring ini adalah untuk mengelakkan pasir terikut sama dengan air melalui lubang saliran ini ketika proses siraman.

Dawai juga diletakkan di bahagian lubang saliran supaya penulis boleh mengikat supaya pokok ini berdiri tetap pada kedudukannya untuk mengelakkan akar mati jika ada pergerakan pada pokok.

Kemudian penulis akan meletakkan pokok pada kedudukan yang dipilih sebagai front view.  Beginilah rupa pokok Santalia4 di dalam pasu baru yang leper.


Kelihatan dawai digunakan untuk mengikat pokok bagi menetapkan kedudukannya di dalam pasu.

Setelah itu, proses seterusnya adalah meletakkan lumut sebagai lanskap untuk pokok ini.


Beginilah rupa pokok Santalia4 setelah selesai proses re-potting. Seperti pokok-pokok yang lain, pokok yang baru ditukarkan pasunya akan diletakkan di kawasan yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung selama 2 atau 3 minggu supaya pokok tidak stress. Bila daun-daun baru dah tumbuh, barulah penulis akan letakkan di kawasan yang terbuka bersama dengan pokok-pokok bonsai yang lain.

Bonsai Santalia4 (Oct 2017)

Sekian dahulu entri blog penulis untuk hari ini.

2 comments:

  1. Perlu kerja2 yang teliti untuk mendapatkan bonsai yang menarik.
    Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan WP dan ditambah dengan kesabaran. Nak mencantas daun satu persatu dan untuk memastikan kulit dahan tidak terkoyak memerlukan ketelitian dan tahap kesabaran yang tinggi.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.