Pages

Saturday, 7 October 2017

Sarapan di IKEA


Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?.

Hari ni penulis bawak keluarga untuk bersarapan di IKEA alang-alang nak beli barang kat sini.

Isteri penulis bercadang nak beli lampu untuk ruang tamu atau ruang makan di IKEA. Pada masa yang sama juga nak beli pakaian Syafiq (anak sulong) untuk majlis graduasinya minggu hadapan.


Untuk tidak membazir masa, penulis pergi ke IKEA untuk beli lampu dan isteri bersama anak-anak ke the Curve untuk beli baju dan seluar di Uniqlo.


Karipap IKEA, RM5.50 per beg. Ada 5 biji karipap.

Kalau dah sampai IKEA, tak sah kalau tak beli karipap IKEA. At least 2 bags. Maklumlah.. anak ramai. Kalau beli 1 beg, tak cukup, bergaduh pulak.

Hari ini Irfan tak ikut kami sebab dia ada kelas hari sabtu. Jadi, kami akan bergegas untuk pulang dan target sampai kawasan sekolah Irfan dalam pukul 12.15pm. Irfan akan habis kelas pukul 12.30pm.

Oleh kerana tugas penulis sudah selesai, sekarang ni penulis hanya menunggu ahli keluarga yang lain di IKEA sambil menulis entri blog ini.

Sekian dahulu.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.