Wednesday, 18 October 2017

Bonsai: Kemaskini Ficus1 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Entri kali ini, penulis ingin kemaskini pokok Ficus1 pula. Pokok ini penulis tidak berikan perhatian sangat sebab nampak macam tahan lasak. Walaupun lasak, proses siraman tidak diabaikan Cuma dari segi pemilihan dahan, saiz daun, dan lanskap penulis kurang beri perhatian. Penulis mahukan pokok ini hanya membentuk canopy sahaja.

Di bawah ini adalah gambar pokok Ficus1 sebelum dicantas daun dan dahan baru. Ada spesis liar yang hidup menumpang di dalam pasu bersama dengan Ficus1.

Pokok Ficus1 (Oct 2017) - Sebelum dicantas.

Lanskapnya juga tidak berapa menghijau seperti kemaskini yang sebelum ini. Penulis tidak tahu apa punca yang menyebabkan lanskap untuk pokok ini tidak menghijau seperti pokok-pokok bonsai yang lain. Penulis tidak berapa risau sebab lumut hijau akan kembali hidup di kemudian hari.

Pokok Ficus1 (Oct 2017) - Lanskap yang tidak menghijau.

Di bawah ini pula adalah gambar pokok Ficus1 selepas dicantas daun dan dahan baru. Penulis juga telah membentukkan canopy untuk pokok ini. Harap-harap dalam masa 2 atau 3 minggu lagi, lanskap akan menhijau seperti sebelum ini.

Pokok Ficus1 (Oct 2017) - Selepas dicantas.


Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Kita berjumpa lagi di lain entri untuk kemaskini pokok Ficus1 ini.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.