Penulis hanya nak kemaskini perkembangan terbaru pokok-pokok bonsai Santalia milik rakan sekerja yang dirawat sejak 5 minggu yang lepas.
Perkembangannya agak perlahan. Tidak banyak pucuk-pucuk baru yang tumbuh. Tapi yang penulis perasan, sudah banyak bunga yang keluar walaupun belum kembang sepenuhnya.
Alhamdulillah, petanda yang baik agaknya. Dibawah ini penulis hanya nak berkongsi gambar-gambar yang diambil pagi semalam.
Bonsai Santalia / Jeliti / Wrightia Religiosa (Pokok B) |
Bonsai Santalia / Jeliti / Wrightia Religiosa (Pokok A) |
Sudah menampakkan tunas bunga. |
Sekian, terima kasih kerana sudi singgah di blog penulis ini.
assalam tuan..nak tanya sikit..saya lihat tuan menggunakan pasir sungai menggantikan tanah? adakah pokok santalia ini hidup lebih subur berbanding menggunakan tanah?
ReplyDeleteWaalaikum salam. Ye betul. Saya menggunakan pasir sungai sahaja. Sebenarnya pasir atau tanah tak menjadi masalah. Saya belajar daripada seorang pengusaha bonsai di mana, katanya menggunakan pasir membuatkan pokok lebih tahan lama. Menurut beliau, akar pokok santalia hanya perlu dibasahi sahaja ketika kita buat aktiviti menyiram. Jadi, bila kita menggunakan pasir, air tidak disimpan dan hanya lalu sahaja dibahagian-bahagian akar. Jika menggunakan tanah, kebarangkalian untuk tanah menyimpan air adalah tinggi lebih-lebih lagi di musim hujan. Bila air bertakung, kemungkinan akan ada akar yang busuk dan mati.
DeleteCuma bila menggunakan pasir ni.. at least 2 kali sehari pokok santalia perlu disiram jika diletakkan dibawah direct sunlight. Kalau guna tanah, perlu periksa dulu tahap kelembapan tanah. Jika kering baru siram. Kalau guna pasir, hanya siram sahaja walaupun banyak mana sekali pun sebab air dalam pasu takkan bertakung yang boleh menyebabkan akar busuk pada jangka masa yang lama.
Itulah pendapat saya. Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza. Rasanya ia bergantung kepada kesesuaian setiap pengemar pokok bonsai.
Sekian.
Kalau tanya pasar lebih subur atau tidak jika menggunakan pasir berbanding dengan tanah, rasanya ia bergantung kepada cara kita menjaga pokok bonsai. Untuk kesuburan pokok, tak kira guna tanah atau pasir, ianya bergantung kepada kekerapan kita membuat aktiviti siraman dan meletakkan baja.
Deleteterima kasih tuan..saya pun baru baru je berjinak dalam bonsai ni.
ReplyDeletelagi satu kedai memang jual pasir sungai atau kena ambil sendiri hehhe
DeleteCuba cari Soon Li Bonsai Nursery guna Google Maps. Lokasi di Lot 70, Sungai Buloh, Selangor. Saya beli pasir dengan kedai ni. Tapi kalau ada peluang ambik sendiri kat sungai, lebih baik ambik sendiri je.
DeleteMacam saya ni, tak tahu kat mana nak ambik. Jadi, saya beli ajelah.
boleh lah saya dtg lihat bonsai kat rumah tuan satu hari nanti...bukan apa boleh belajar ilmu bonsai..tukar tukar ilmu apa salahnya.... kalau soon li saya tau..rumah pun kat ukay perdana dekat gak nak kesana.
ReplyDelete