Pages

Sunday 15 October 2017

Bonsai: Kemaskini Bebuas1 (Oct 2017)


Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?

Pagi ini penulis nak kemaskini sikit progress Pokok Bebuas1. Baru-baru ini penulis ada jugak kemaskini tapi tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan. Cuma kemaskini pertumbuhan daun-daun baru sahaja.

Hari ini penulis pagi-pagi lagi dah mula rutin harian iaitu menyiram tanaman. Selesai aktiviti menyiram dan bersihkan halaman, penulis ambik kerusi kecik dan duduk mengadap semua pokok-pokok bonsai menikmati ciptaan Allah sambil-sambil menghilangkan penat.

Tergerak hati untuk cantas pokok bonsai. Kali ini pokok yang menjadi pilihan adalah Bebuas1, Bebuas2, Ficus1, dan Ficus2. Untuk Bebuas2, Ficus1 dan Ficus2, penulis akan kemaskini di entri yang lain.

Pokok Bebuas1 (Oct 2017) - Sebelum dicantas.

Gambar diatas adalah pokok Bebuas1 sebelum dicantas. Sudah banyak dahan-dahan baru yang tumbuh dan panjang-panjang. Daunnya pun besar. Plan penulis adalah untuk menyantas dahan-dahan ini supaya membentuk seperti canopy dan supaya nampak lebih harmoni. Perkataan harmoni ini penulis ambil dari pandangan seorang pengusaha bonsai. Menurut beliau, pokok yang dibonsaikan perlulah harmoni iaitu menyerupai pokok sebenar cuma ia dikecikkan dan diletakkan ke dalam pasu.

Pokok Bebuas1 (Oct 2017) - Lanskap

Gambar dibawah ini pula menunjukkan rupa bentuk pokok Bebuas1 yang telah dicantas dahan-dahan yang tidak perlu supaya menampakkan lebih harmoni. Cantasan juga dibuat supaya dahan baru yang lebih kecil tumbuh dibahagian atas.

Pokok Bebuas1 (Oct 2017) - Selepas dicantas. Nampak lebih harmoni.

Dibahagian bawah pula menunjukkan lanskap yang ditanam dengan lumut bagi menyerupai seperti rumput karpet. Setelah sekian lama, lanskap nampak lebih gebu. Alhamdulillah.

Poko Bebuas1 (Oct 2017). Lanskap yang menhijau.

Jika anda perasan, penulis telah membuka beberapa dawai yang dililit pada dahan. Terdapat dawai yang telah tenggelam ke dalam dahan dan membantutkan tumbesaran dahan. Penulis membukanya dengan berhati-hati supaya dahan tidak patah.

Itulah sahaja kemaskini untuk pokok Bebuas1. Semoga kita jumpa lagi di lain entri untuk kemaskini terbaru pokok Bebuas1 ini.

2 comments:

  1. salam maaf bertanya..apa fungsi kotak kecil hijau yang dicucuk pada pasu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda kecik bulat warna hijau yang diletakkan pada tanah tu dinamakan fertilizer funnel (corong baja).

      Fertilizer Funnel
      - When watering, the dissolved fertilizer will seep through the inner tube and get immersed into the media, preventing any damage to the specially planted moss on the surface.

      Tujuan corong baja ni adalah untuk beri baja pada pokok tanpa merosakkan moss (lumut) yang dijadikan seperti rumput pada bahagian bawah pokok.

      Saya ada buat entri pasal corong baja ni. Boleh baca dipautan berikut.

      http://amirofie.blogspot.my/2017/09/bonsai-fertilizer-funnel.html?m=0

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.