Saturday, April 20, 2013

Allya: Kem Kokurikulum

Sejak petang semalam, Allya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya iaitu kem kokurikulum.

Sesi pendaftaran


Dua hari sebelum program bermula, Allya telah berikan senarai barangan yang perlu dibawa ke program tersebut. Antaranya adalah sleeping bag, torch light, serta pakaian sukan, telekung, keperluan mandi, towel dan sebagainya.

Untuk subjek kokurikulum, Allya telah memilih  Pasukan Beruniform Puteri Islam.

Berposing sementara Cikgu bagi taklimat dan aturcara program.

Mendengar taklimat dari Cikgu sebelum program bermula.

Khemah dipasang di padang sekolah untuk pelajar bermalam sebagai salah satu acara aktiviti luar.

Gambar ini telah diambil oleh Isteri semasa pulang
dari tempat kerja semalam.

Program ini memerlukan pelajar untuk bermalam di dalam khemah dan ada beberapa program lain yang penulis percaya adalah program survival. Allya balik nanti mungkin dia akan ceritakan dengan lebih detail.

Program akan tamat pada pukul 12:00PM hari ini.

[UPDATE 20/04/2013, 10:12AM]

Penulis ke sekolah Allya untuk tengok perkembangan di kem kokurikulum yang dihadiri oleh Allya. Berikut beberapa gambar yang penulis sempat ambil semasa acara mencari harta karun.

Acara mencari harta karun.

Allya bersama rakan sekumpulannya.

Misi mencari harta karun.

Sempat lagi Allya berposing gara-gara daddy dia mintak nak ambik gambar dari luar pagar sekolah.

Penulis akan cuba update lagi entri ini setelah kem kokurikulum sekolah Allya ini berakhir dan mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang pengalaman yang dilalui oleh Allya terutamanya bila bermalam dalam khemah di tengah-tengah padang sekolah.

[UPDATE 20/04/2013, 12:45PM]

Penulis ke sekolah untuk jemput Allya sebab kem koku berakhir jam 12:00PM. Lebih kurang jam 12:15PM baru Allya keluar dari sekolah.

Allya keluar dari perkarangan sekolah bersama rakannya. 

Irfan turut sama ke sekolah untuk jemput kakaknya Allya. Rasanya dia rindu ngan kakak dia sebab asyik duk tanya, bila kakak balik? bila nak gi ambik kakak?

Allya bergaya dengan uniform Puteri Islam.


Bila ditanya best tak tidur kat dalam khemah? Allya kata tak tidur dalam khemah pun. Pelajar lelaki sahaja yang dibenarkan tidur dalam khemah, manakala pelajar perempuan ditempatkan dalam kelas untuk bermalam. Overall, dia kata seronok dapat join kem koku sebegini.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.