Pages

Sunday, 7 April 2013

Riadah bersama keluarga

Hari ni penulis bawak isteri dan anak-anak beriadah di gelanggang badminton di tempat penulis biasa bermain badminton. Gelanggang ini adalah di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju.


Sejak minggu lepas lagi kami sudah mula beriadah di sini. Ini semua gara-gara isteri penulis yang bagi idea untuk cari satu aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Memang seronok tengok kerenah anak-anak dengan macam-macam gaya terutama Aqil dan Danish.

Irfan dah mula pandai pukul bulu tangkis. Mungkin selepas beberapa kali bermain lagi, Irfan boleh memukul dengan baik.


Berbeza dengan Allya yang masih belum pandai memukul bulu tangkis tapi sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan peluh. Lepas ni kena usaha lagi supaya dapat bermain dengan baik.

Syafiq tidak sama bermain badminton kerana dia ada game bola di kawasan taman.

Isteri pula bergilir-gilir dengan Irfan untuk sama-sama bermain badminton dengan penulis. Skill isteri main badminton pun not bad since dia pun biasa bermain tennis masa zaman remaja dulu.

Overall memang seronok dengan riadah begini disamping dapat mengeluarkan peluh bersama-sama dengan keluarga.

Sekian

Sent from my Samsung mobile.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.