Monday, April 8, 2013

Clash of the titan

[UPDATE]
Keputusan memihak kepada Manchester City. Ramalan yang tepat dengan keputusan 1 - 2 telah diramal oleh Helmi Fadzli dan Ja'a Jedont.

Dengan keputusan ini, United masih lagi berada diatas dalam kedudukan liga yang mana City merapatkan jurang mata dari 15 mata ke 12 mata dengan baki 7 perlawanan lagi.

_____________________________________________

Awal pagi esok seperti yang dijanjikan, akan berlangsung perlawanan bolasepak yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bolasepak English Premier League (EPL).


Perlawanan yang akan menentukan siapa yang lebih berkuasa di Manchester. Perlawanan antara dua musuh ketat dalam arena bolasepak. Perlawanan dua pasukan yang berjiran tapi tidak pernah berdamai.

Perlawanan bolasepak yang dimaksudkan adalah antara Man Utd vs Man City. 9hb April 2013, jam 3 pagi adalah waktu keramat untuk kedua-dua pasukan ini. Walaupun Manchester United telah mendahului Manchester City dengan 15 mata tetapi perlawanan ini adalah perlawanan yang menentukan maruah.

Ramalan untuk perlawanan bolasepak ini telahpun di post ke FB penulis bersama-sama dengan ramalan dari rakan-rakan penulis yang menjadi pengkritik tetap pasukan Manchester United dan pasukan ABMU (Asal Bukan Man Utd). Anda semua juga boleh membuat ramalan untuk perlawanan ini. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum perlawanan bermula
.

Untuk perlawanan ini, penulis meramalkan keputusan berakhir dengan:

Manchester United 2 - 1 Manchester City

Sekian, dan selamat menonton secara live di kaca tv anda.

Sent from my Samsung mobile.

4 comments:

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.