Hari ni lepas balik dari kerja, penulis bawa anak bujang yang kedua, Irfan ke barber shop untuk gunting rambut. Kalau tengok, rambut dia takde la panjang sangat tapi dia kata cikgu dah suruh dia gunting rambut. So, walaupun penat penulis bawa jugak Irfan ke barber shop.
|
Sebelum. |
|
Tunggu masa nak potong rambut. |
|
Sedang. |
|
Syafiq menunggu giliran sambil minum air kotak. |
Alang-alang dah datang kedai gunting rambut ni, penulis ambik kesempatan untuk potong rambut anak bujang penulis yang sulung, Syafiq. Lagipun rambut dia dah panjang.
|
Giliran Syafiq pulak. |
|
Selepas. |
Tujuan asal kami keluar ni sebenarnya nak beli kasut sekolah Syafiq tapi Irfan pulak nak ikut sebab nak gunting rambut. Lepas gunting rambut mereka berdua, penulis terus bawa Syafiq dan Irfan ke Bata untuk beli kasut sekolah yang dah koyak. Padahal kasut tu baru aje beli last Januari sebelum sesi persekolahan bermula. Ntah macam mana ntah dia pakai sampai tapak kasut pun boleh cepat haus dan berlubang.
Untuk elakkan dari asyik ke kedai Bata, penulis plan nak beli 2 pasang terus tapi sebab kedai Bata tu hanya ada sepasang aje saiz yang Syafiq nak, jadi terpaksalah beli sepasang aje.
Sekian. Melaporkan secara langsung dari Giant, Batu Caves.
Sent from my Samsung mobile.
ni boleh dikatakan potong rambut berjemaah, hehe... hemsem
ReplyDeletesebenarnya ada dua lagi hero kat rumah tapi sebab kecik lagi.. tak boleh nak bawak sama. kalau tak, tak jadi kerja la kalau ada 2 orang lagi tu.
DeleteHihihihi.......
ReplyDeleteSeorang ayah prihatin!!!!!
DeleteAyahnya tak potong rambut ker...hihi
Sama ler anak aku. Kojap benau dah haus kasut tu..
Rambut ayahnya ok lagi. Tak perlu potong lagu. Hehehe
Delete