Pages

Saturday, 27 April 2013

Tips kepada ejen insuran untuk pengamal ilmu hitam

Pagi ini penulis menerima satu email dari group facebook yang kongsikan satu audio video di YouTube. Audio video mengenai cara-cara untuk mengelak dari ejen insuran.

Anda boleh saksikan atau dengar sendiri bagaimana seorang pengguna memberi maklum balas kepada seorang ejen insuran (Pn. Shida) yang ingin mencari client (En. Norhashim Mohd Noh) untuk syarikat insuran tempat dimana dia bekerja. Sila dengar audio video dibawah.


Penulis ingin memberi sedikit komen kepada syarikat insuran terutamanya Syarikat Mutipurpose Insuran Berhad.

Pihak insuran sepatutnya perlu memikirkan bagaimana untuk memberi tawaran balik kepada pengamal ilmu hitam yang tidak mengendahkan langsung tentang tawaran pakej insuran yang ditawarkan.

Di sini penulis ingin memberi cadangan atau tips kepada mana-mana syarikat insuran supaya dapat menawarkan pakej insuran khas kepada pengamal ilmu hitam. Contoh pakej-pakej yang dapat difikirkan adalah seperti pakej insuran santau, pakej insuran rasuk, pakej insuran kebal, pakej insuran ilmu terapung dan sebagainya. Ini adalah kerana ilmu hitam ini ada beberapa tahap dimana ada tahap yang rendah (baru belajar) hinggalah tahap ilmu hitam yang tertinggi (master level).

Kemungkinan besar ada lagi pengamal ilmu hitam yang tahapnya lebih tinggi dari  ilmu hitam yang diamalkan oleh En. Norhashim Mohd Noh tadi. Dan jika mereka ini ingin menguji skill mereka maka tidak hairan jika ilmu hitam yang diamalkan oleh En. Mohd Noh tadi dapat dikalahkan dengan mudah oleh pengamal ilmu hitam yang lebih tinggi tahapnya.

Jadi, dengan adanya pakej insuran untuk pengamal ilmu hitam ini maka En. Norhashim Mohd Noh tidak perlu risau jika ilmunya seperti bercakap di phone sambil terapung itu atau kebal dan tidak terputus jarinya atau melecur  jika sedang masak itu dapat dikalahkan oleh pengamal ilmu hitam yang lain. Jika ini berlaku, En. Mohd Noh boleh pergi ke mana-mana klinik atau hospital untuk claim insuran.

Saya begitu tidak setuju dengan tindakan Pn. Shida dimana dia dengan tidak teragak-agak menolak perlawaan En. Norhashim Mohd Noh untuk menjadi downline kepadanya dalam amalan ilmu hitam yang dia join. Sepatutnya Pn. Shida terima perlawaan En. Norhashim Mohd Noh dan dapatkan pengalaman serta belajar seelok-belok tentang kerjaya sebagai pengamal ilmu hitam. Pada masa yang sama, Pn. Shida boleh mengetahui akan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ilmu hitam itu dan memberi feedback kepada syarikat insuran untuk membuat satu plan pakej yang sesuai dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh En. Norhashim Mohd Noh. Dengan ini tiada lagi alasan yang boleh diberikan oleh pengamal ilmu hitam untuk mengelak dari ejen insuran.

Sekian, terima kasih kerana membaca hingga ke hujung apa yang penulis tengah mengarut ni.

Sent from my Samsung mobile.

3 comments:

  1. x suka bila ejen insurans or watever dtg umah..xtaw mcm mna nak tolak diorang dr dgr ceramah diorang tuh..huhu..-.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba elak cara baik supaya tidak timbul rasa ketidak-puasan (ada ke perkataan ni) antara dua pihak.

      Delete
  2. Saya suka insuran tapi tak suka wakil insuran...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.