Pages

Monday 20 May 2013

Sir Alex Ferguson bersara


Pada 8hb Mei 2013, Sir Alex Ferguson (free wikipedia) telah menyatakan hasratnya untuk bersara sebagai pengurus pasukan Manchester United. Sir Alex Ferguson telah menjadi pengurus pasukan Manchester United sejak tahun 1986 - 2013. Selama 26 tahun beliau di kelab Manchester United, beliau telah memenangi 38 piala termasuklah 13 kali sebagai juara English Premier League (EPL) dan 2 kali juara UEFA Champions. Satu pencapaian yang menakjubkan.


Ini adalah gambar yang dirakam selepas Man Utd menewaskan Swansea City 2 - 1 dari akhbar keluaran Berita Harian, Isnin 13 Mei 2013.


Semalam di Stadium The Hawthorns (Stadium West Bromwich Albion), pasukan Manchester United telah melakar satu lagi sejarah di mana pengurus pasukannya, Sir Alex Ferguson telah mengendalikan pasukan Man Utd buat kali terakhir iaitu kali yang ke 1500 sebelum persaraannya. Perlawanan terakhir itu adalah menentang West Bromwich Albion dengan keputusan seri, West Bromwich Albion 5 - 5 Manchester United.

Berikut adalah serba sedikit tentang Sir Alex Ferguson untuk tatapan kita bersama.

Klik pada imej untuk dibesarkan. Sumber adalah dari Free Wikipedia

Ini adalah gambar-gambar yang dirakam dari skrin TV selepas perlawanan West Bromwich Albion vs Manchester United (Nota: 1500 kali perlawanan, 38 piala, No.1 selamanya).
Sekian.

Nota kaki: Penulis adalah peminat setia kelab bolasepak England iaitu Machester United sejak dari kecil lagi.

Sent from my Samsung Mobile.

4 comments:

  1. Macam mana la performance MU season depan ye tak.
    Mencabar untuk coach baru nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah macam mana next season dengan Moyes. Katanya dia ada idea tersendiri macam mana nak susun strategi with current player. We wait and see for next season.

      Delete
  2. Sedih lihat pengurus yang berwibawa bersara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia dah lama nak bersara. I think last two years dia dah nak bersara tapi maybe achivement masa tu not so good. Last year tak dpt jadi juara disebabkan perbezaan mata sahaja dengan City. This season dia boleh bangga la dengan pencapaian Man Utd walaupun dgn hanya 1 piala. Itupun rasanya dia dah berpuas-hati. Its a good time for him to retire... i think.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.