Pages

Sunday, 5 May 2013

Hari mengundi PRU13


Hari ini adalah hari yang penting untuk rakyat Malaysia. Hari untuk rakyat Malaysia menentukan hala tuju kerajaan Malaysia untuk tempoh satu penggal lagi. Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada hari ini untuk Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU13). Persoalan yang bermain di fikiran penulis, adakah Barisan Nasional akan kekal menjadi kerajaan Malaysia atau Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada PRU13 ini.


Penulis dan isteri akan keluar menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mengundi untuk Parlimen Gombak (P.098) dan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia (N.17). Tempat kami mengundi berbeza tapi taklah jauh dari rumah.

Tapi sebelum itu, penulis membawa anak-anak dan isteri menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk bersarapan di McDonalds MRR2 Arah Kepong. Tak ramai yang bersarapan di sini hari ini. Mungkin sebab ramai yang balik kampung mengundi di kawasan masing-masing ataupun ramai yang dah keluar mengundi.










[UPDATE 10:30AM]
Sekarang tiba masanya untuk keluar mengundi. Pertamanya penulis bawa isteri ke lokasi mengundinya iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Selasih (SKTS). Isteri ditemani oleh Irfan yang turut nak rasai suasana mengundi.





Suasana di pintu masuk SKTS begitu sesak dengan peraih undi cuba memenangi hati rakyat disaat-saat akhir. Suasana begitu tenang walaupun sesak.





Gambar dibawah pula adalah suasana didalam perkarangan sekolah lokasi dimana para pengundi membuang undi masing-masing.



Tepat jam 10:55AM, isteri telah menjalankan kewajipan beliau sebagai rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan seterusnya.


Now tiba masanya giliran penulis pula untuk pergi mengundi. Will update later.

[UPDATE 1:48PM]
Jam 1:05PM penulis bertolak ke lokasi mengundi dari rumah parents. Penulis bersama dengan Abah dan Ma serta adik perempuan mengundi di tempat yang sama iaitu di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Taman Gombak.


Oleh kerana penulis membawa warga lama maka telah diberi keistimewaan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta dalam kawasan dewan.

Lebih kurang jam 1:20PM, kami selesai mengundi kerana tak ramai dah orang mengundi kat dewan ni waktu-waktu macam ni.






Sekarang kita tunggu keputusan pilihanraya di TV malam ini sambil-sambil layan Manchester United lawan Chelsea untuk EPL pukul 11:00PM.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile.

2 comments:

  1. Hanif Idrus5/5/13 9:26 pm

    Selesai sudah tanggungjawab...pun sama tgh tunggu keputusan

    ReplyDelete
  2. Yep.. kita tunggu siapa yang menang.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.