Monday, May 6, 2013

Keputusan Rasmi PRU13


Rakyat Malaysia yang layak mengundi telah keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada 5hb Mei 2013 dari jam 8:00AM - 5:00PM. Berikut adalah beberapa pautan untuk mengetahui keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Berikut adalah keputusan pilihanraya di lokasi penulis mengundi untuk P.098 Gombak dan N.17 Gombak Setia.


Klik pada imej untuk versi besar

Klik pada imej untuk versi besar.

Tahniah kepada calon-calon yang menang iaitu Mohamed Azmin bin Ali (wakil Parlimen Gombak) dan Hasbullah bin Mohd Ridzwan (wakil DUN Gombak Setia). Amanah telah diberikan oleh rakyat dan sebagai wakil rakyat, calon-calon perlulah menjadi saluran rakyat untuk kesejahteraan bersama. 

Nasihat saya kepada wakil-wakil rakyat ini, anda telah diberi amanah oleh rakyat, jadi jalankanlah tugas anda sebagai wakil rakyat dengan penuh amanah dan jujur serta adil. Tak kira rakyat itu berpihak kepada parti mana tapi mestilah berlaku adil dan saksama.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.