Pages

Friday, 17 May 2013

Cara bagaimana letak Related Posts Widget di Blogger


Related Posts Widget adalah satu widget yang penting untuk meningkatkan page views dan dapat menyediakan entri yang berkaitan dalam blog anda. Ia juga boleh membolehkan seseorang pengunjung untuk berada lebih lama di blog anda.

Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang cara-cara bagaimana untuk meletakkan related posts widget di blog anda dengan menggunakan servis dari LinkWithin. Pada pendapat saya, widget ini adalah paling mudah untuk digunakan dan memberi kesan yang cukup baik dengan menawarkan entri post yang berkaitan.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk meletakkan Related Posts Widget di blog anda (khas untuk Blogger sahaja) :-
  • Klik pautan ini http://www.linkwithin.com
  • Masukkan maklumat berikut:-
    • Alamat email anda. e.g. emailanda@gmail.com
    • Alamat blog anda. e.g. http://bloganda.blogspot.com
    • Pilih Platform blog anda. i.e. Blogger
    • Pilih bilangan entri yang ingin dipaparkan. e.g. 4 stories
    • Tandakan check pada ruangan untuk pilih jika background blog anda adalah gelap/hitam.
    • Klik pada butang Get Widget dan anda akan dibawa ke page yang seterusnya.


  • Di page Install Widget on Blogger, klik pada pautan Install Widget (rujuk imej seperti di bawah).


  • Kemudian, anda akan dibawa ke Add Page Element. Login ke Blogger jika perlu. 
  • Klik pada butang Add Widget (rujuk imej seperti dibawah).


  • Di page Layout (Blogger Dashboard), anda akan nampak satu widget yang dinamakan LinkWithin. Letakkan widget ini dibahagian bawah sekali.
  • Akhir sekali, klik pada Save arrangement dan view blog anda.
Sekian dan selamat mencuba.

1 comment:

  1. terima kasih kongsikan ilmu ini..sy dah cuba pada blog saya =)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.