Pages

Sunday, 19 May 2013

Restoran Beriani Asif Jalan Padang Walter Grenier


Hari ini penulis dan isteri bawa anak-anak makan tengah hari di Restoran Beriani Asif. Lokasi restoran ini adalah di Jalan Padang, Lorong Walter Grenier, Bukit Bintang.

Sebenarnya sudah banyak kali kami makan di sini. Cuma hari ini, penulis tergerak hati nak menulis tentang restoran ini. Restoran ini telah diperkenalkan oleh isteri penulis.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 12:00PM. Kereta tak berapa banyak di jalanraya sebab hari Ahad. Kami tiba di restoran yang dimaksudkan lebih kurang jam 12:25PM.


Klik untuk besarkan imej.

Isteri, Aqil, Danish.

Pos menarik dari Aqil.

Syafiq dan Irfan.

Danish dengan air manggo lassi.

Allya dengan air epal hijaunya.

Restoran Beriani Asif ini adalah sebuah restoran kendalian orang Pakistan yang sudah lama menetap di Malaysia.

Menu yang ditempah adalah :-
- Chicken dum beriani 1 set
- Plain beriani rice 1 set
- Nan cheese 2 set
- Chicken masala 2 set
- Manggo lassi 1 jug
- Plain water 1 jug

Chicken dum beriani

Nan cheese

Chicken masala

Pudina source sedap di makan bersama nan cheese

Manggo lassi

Kepada sesiapa yang suka makan nasi beriani, bolehlah mencuba makan masakan di Restoran Beriani Asif ini. Masakannya memang kena dengan selera penulis dan isteri. Kami syorkan restoran ini kepada peminat nasi beriani.


Penulis bersama isteri dan anak-anak. Gambar dirakamkan oleh anak sulung penulis, Amirul Syafiq.

Nota kaki: Ambil gambar makanan petanda sakit mental.

Isu ini hangat diperkatakan sejak akhir ini selepas ada satu artikel keluaran Utusan Malaysia pada Jumaat 10/05/2013 yang lalu.

Anda boleh baca artikelnya disini yang ditulis semula oleh seorang blogger. Anda juga boleh baca komen dari salah seorang blogger disini.


Pada pendapat penulis, tak salah untuk ambil gambar makanan yang hendak di makan bagi tujuan untuk berkongsi maklumat tentang makanan yang dimakan dan tempat makanan itu dimakan. Ia tidak dikategorikan sebagai sakit mental pun. Pendapat ini memang berbeza sekali dengan doktor yang buat kajian tersebut.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.