Pages

Sunday 19 May 2013

Hangouts ganti Talk


Terdapat satu applikasi yang penulis selalu gunakan untuk buat video call kepada isteri bila berada di luar negara. Applikasi yang dimaksudkan adalah Google Talk. Memang senang dan mudah untuk gunakan applikasi ini bagi tujuan video call. Selain dari video call, pengguna juga boleh menghantar message kepada rakan dengan menggunakan applikasi ini.

Anda hanya perlu ada akaun Google, line internet (data plan dari telco provider atau wifi), dan sebuah telefon bimbit pintar atau tablet sistem Android untuk menggunakan applikasi ini.

Sebentar tadi penulis baru sahaja buka Google Play untuk periksa mana-mana applikasi Android yang perlu dikemaskini versinya. Penulis dapati Google Talk ini akan digantikan dengan satu applikasi baru yang dinamakan Hangouts (dari Google Inc.).

Sebenarnya penulis agak keberatan untuk kemaskini applikasi Google Talk ini sebab ianya amat membantu penulis bila ingin membuat video call. Penulis membaca deskripsi Hangouts untuk memahami dan mendapatkan gambaran apa yang ditawarkan oleh Hangouts ini.

Deskripsi Hangouts di Google Play. Klik pada imej untuk besarkan.

Antara features yang ditawarkan adalah seperti menghantar message, video call, berkongsi gambar (baru), group conversation (baru), dan ada beberapa lagi features yang ditawarkan. Penulis hanya senaraikan fungsi-fungsi yang major sahaja.

Setelah membaca banyak review yang dihantar oleh pengguna, rata-rata ingin Google Inc. menambah fungsi SMS intergration seperti yang terdapat didalam Facebook Messenger (versi terbaru).

Beberapa komen dari user yang sudah kemaskini ke Hangouts. Klik pada imej untuk besarkan.

Penulis mengambil keputusan untuk tidak mengemaskini applikasi Hangouts buat masa ini sebab penulis tidak pasti apa akan jadi pada applikasi Google Talk yang telah sedia ada dalam telefon bimbit pintar penulis. Ini adalah kerana, dari pemahaman penulis, Hangouts akan gantikan Google Talk dan jika sudah kemaskini, tiada lagi Google Talk yang sekarang ini penulis amat selesa sekali menggunakan Google Talk.

Sekian.

Sent from my Samsung mobile.

2 comments:

  1. Replies
    1. Izzat.. amacam? Dah start guna ke Google Hangouts? Kalau dah install tu Google Talk masih ada atau completely replaced?

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.