Pages

Monday 2 April 2012

Bercuti di Cameron Highland

Untuk mengisi masa lapang sempena cuti sekolah, aku dan isteri bawa anak-anak untuk berehat di Cameron Highlands. Pertama kali aku dan isteri berkunjung ke Cameron Highlands adalah pada tahun 1999. Masa tu kami baru berkahwin dan kami tinggal di Hotel Equatorial. Kali kedua adalah masa bercuti bersama keluarga belah isteri dan juga bersama ibu dan arwah bapa mertua.

Kali ini kami ambil keputusan untuk tinggal di Hotel De La Ferns. Hotelnya cukup cantik luas dan cukuplah untuk kami bertujuh tinggal satu bilik. Penulis menggunakan perkhidmatan Agoda (for Android) untuk tempahan hotel ini kerana ianya cukup mudah dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Hotel De La Fern, Cameron Highland



Kami bertolak ke Cameron Highlands dari Penang, rumah Abg Di dan Kak Ela jam 12:30pm. Kami sampai di Cameron Highlands pada pukul 4:30pm. Sesampai di hotel kami hanya berehat sahaja sebab keletihan.

Bergambar kenangan di lobi Hotel De La Ferns.
Dari kiri: Syafiq, Allya, Aqil, Joharita, Danish, Irfan, Penulis.

Masa dinner kami ke Restoran Glory 78 Steamboat yang hanya bersebelahan dengan hotel penginapan. Sedap jugak makan kat sini. Harga pun berpatutan. Teh tarik dia memang sedap. Nasi goreng pun sedap jugak.

Syafiq dan Irfan bergambar sambil tunggu makanan.


Lepas kenyang.. kami ke Old Smokehouse untuk jalan-jalan dan bergambar di sekitar kawasan. Kalau ikut plan asal untuk tinggal di Old Smokehouse sebab kawasan yang cantik. Ala-ala old english house gitu. Tapi sebab kami lambat tempah dan lagipun waktu cuti sekolah, hari yang kami pergi tu, tempahan dan penuh. Sebagai alternatif, kami tinggal di Hotel De La Ferns.


Lepas bergambar di Old Smokehouse, kami balik ke hotel untuk beristirehat dan lagipun Syafiq, Aqil dan Danish dah mengantuk.

Kami bersarapan di hotel. Makanan yang disediakan agak banyak. Menu utama adalah nasik lemak dan sambal ikan bilis. Selain dari tu ada jugak roti canai, pelbagai jenis roti, dan seperti biasa mesti ada cereal untuk kanak-kanak.




Lepas sarapan kami berjalan-jalan di ladang teh yang berdekatan dengan hotel. Plan asal nak ke Boh Plantation yang famous tu tapi dukacita dimaklumkan, kilang dan tempat minum teh yang famous tu tutup pada hari Isnin. Jadi kami hanya ke Bharat Cameron Valley sahaja. Bila dah turun ke ladang teh tu memang payah kawal pergerakan anak-anak.











Perkara paling sukar dilakukan adalah bila nak bergambar sekeluarga. Terpaksa pasang tripod dan bergelut dengan perangai anak-anak yang memang payah bila nak bergambar. Memang cantik permandangan di ladang teh di Cameron Highlands ini.



Habis jalan-jalan di ladang teh, kami bergegas balik ke hotel untuk check-out. Setelah berkemas, lebih kurang pukul 1:00pm, kami checked-out dan menghala ke Tanah Rata untuk shopping sourvenier untuk family di KL. Sebelum bertolak terus ke KL kami singgah sekali lagi di Old Smokehouse untuk bergambar waktu siang pulak.








Kami bertolak dari Cameron Highlands ke KL lebih kurang 2:30pm dan sampai rumah dalam pukul 5:00pm.

Sekian.

2 comments:

  1. comel..suka tengok gmbr2 family mcm nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar2 ni semua untuk kenangan di hari tua. Anak-anak boleh mengimbau kembali kenangan masa lampau bila mereka dah besar nanti.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.