Pages

Sunday, 11 August 2013

Raya durian runtuh


Assalamualaikum wbt..

Hari raya kedua kami balik beraya di Banting (kampung belah isteri) iaitu di Kampung Tali Air. Kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 10:00AM dan singgah sebentar di rumah parents sebab Ma ada nak bagi hadiah yang dibeli masa buat umrah tempoh hari pada ibu mertua penulis. Lebih kurang jam 11:00AM baru bertolak dari Gombak ke Banting.

Kami tidak menghadapi masalah semasa dalam perjalanan. Kereta agak kurang atas jalanraya. Perjalanan kami agak smooth cuma trafik agak sesak di persimpangan Jalan Tali Air dan arah ke pantai Morib kerana ada lampu isyarat yang tidak berfungsi dengan baik. Frekuensi lampu bertukar warna agak cepat. Mungkin aturan yang dibuat oleh pihak berwajib pada lampu isyarat di sini agak tidak sesuai.

Raya tahun ini agak istimewa sekali di Banting kerana kami disambut oleh timbunan buah durian yang agak banyak. Mengikut kata isteri, tahun ini pokok durian di rumah nenek agak menjadi dan begitu banyak sekali buah durian yang dikutip.





Penulis yang tiada pengalaman sangat mengopek buah durian ni cuba jugak la kopek buah durian. Alhamdulillah, lebih kurang 15 bijik jugak laaa buah durian yang penulis kopek untuk di makan dan juga untuk dibawa balik ke Gombak. Nak bawak balik buah durian sebijik sebijik memang tak muat kereta.

Sewaktu penulis mengopek buah durian, anak-anak mengikut neneknya ke kebun. Bukan main suka lagi anak-anak sebab buat pertama kalinya mereka ke kebun. Sebelum-sebelum ni memang dorang tak dibenarkan ke kebun kerana mereka masih kecik lagi.




Lepas tu kami bersiap-siap untuk pergi beraya. Tapi sebelum keluar beraya, kami sekeluarga sekali lagi bergambar kenang-kenangan di rumah moyang kepada anak-anak kami.











Sekian sahaja untuk kali ini.


posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Seronoknya dapat makan durian masa raya ya. Cantik2 pula tengok isi durian tu. Selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sebab dapat makan durian yang sedap. Free lak tu.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.