Pages

Saturday 10 August 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Alhamdullilah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya untuk kita menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Setelah bertahun-tahun kami beraya di Airport sebab menyambut parents yang buat umrah di bulan Ramadhan di Mekah, tahun ini kami beraya di rumah kerana tahun ini parents buat umrah 2 minggu lebih awal sebelum masuk bulan Ramadhan.

Semua ahli keluarga yang terdiri dari enam orang adik beradik termasuk ipar duai serta anak-anak berkumpul di rumah parents di Gombak di malam raya. Dua lagi adik beraya di rumah mertua masing-masing dahulu dan akan balik ke gombak di hari raya pertama. Memang riuh rendah dibuatnya.

Di malam raya, geng perempuan akan sibuk di dapur manakala geng lelaki akan sibuk berkemas rumah. Menu tahun ini adalah makanan favourite penulis iaitu nasi dagang serta gulai ayam dan ikan, nasi impit kuah kacang serta rendang ayam yang marvelous.

Seperti biasa di pagi raya, bilik mandi adalah menjadi tumpuan utama kerana terpaksa bergilir-gilir bersiap-siap untuk ke masjid bersolat sunat hari raya. Dua buah MPV Honda Odyssey terpaksa digunakan untuk membawa pihak lelaki serta Ma dan Abah ke masjid.

Habis solat sunat raya, kami makan juadah hari raya yang disediakan oleh pihak wanita semasa kami di masjid. Memang seronok bila makan beramai-ramai begini. Pada masa yang sama ada tetamu yang hadir untuk beraya.


Setelah selesai melayan tetamu dan pergi beraya beramai-ramai di rumah berdekatan, tiba masanya untuk bersalaman serta bermaafan antara keluarga. Acara yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak adalah acara pembahagian duit raya oleh atuk dan nenek mereka dan juga dari kami ibu dan bapa mereka.





Selesai bersalaman dan bertukar-tukar duit raya, tiba masanya acara untuk bergambar keluarga. Setting dibuat seperti di dalam studio dengan lampu flashlight yang dibawa khas oleh abang kerana beliau adalah seorang jurugambar. Ini adalah kerana pergambaran dibuat di dalam rumah dan perlukan pencahayaan yang baik untuk mendapat kualiti gambar yang baik.




Tahun lepas gambar-gambar yang diambil semasa raya telah dibukukan seperti story book. Tahun ini semua gambar keluarga akan dibuat frame besar.

Memang sukar untuk mengambil gambar beramai-ramai begini kerana terpaksa melayan kerenah 25 cucu yang mempunyai pelbagai kerenah. Ada yang tak nak pakai songkok, ada yang sampinnya dah terbukak, ada yang nak minum air, ada yang menyakat, ada yang menangis, ada yang nak mimum susu, dan macam-macam lagi.

Dalam proses ambik gambar keluarga. Aqil (yang duduk kat tengah) tolak songkok Irfan (yang duduk bersila dibawah). Lepas tu Irfan ketuk kepala Aqil dengan songkok. Lepas tu Aqil pulak tolak kepala Irfan. Dan akhir sekali Aqil said Yes!! (dapat tolak kepala abang).

Memang payah nak dapatkan gambar yang nampak semua orang dalam keadaan ready.

Sekian.

posted from Bloggeroid

12 comments:

  1. Meriah.. salam aidilfitri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat meriah. Salam Aidilfitri dari saya juga.

      Delete
  2. salam. bestnya dpt kumpul semua adik-beradik..slmt hari raya ye amir...maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik peluang hari raya untuk berkumpul bersama. Yeap Selamat Hari Raya juga dari kami sekeluarga.

      Delete
  3. meriahnya..... so sweet bila tengok photos tu...

    selamat hari raya ya amir... maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. dan Selamat Hari Raya juga untuk Mia sekeluarga.

      Delete
  4. wah... family besar memang meriah... biru sokmo yer tahun ni... :) salam aidilfitri maaf zahir dan batin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap.. seronok macam ni. Salam Aidilfitri juga dari saya.

      Delete
  5. Meriah dan cantik2 gambar semasa hari raya haritu ye.. salam lebaran dari bunda untuk keluarga AR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Bunda. Salam lebaran juga dari saya.

      Delete
  6. selamat hari raya.. =)
    meriahnya.. siap ada gambar family dan family besar..saya tak sempat nak bergambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. Terima kasih sebab singgah sini.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.