Pages

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu

Aqil dan Danish on the way ke Taska.
Semalam keadaan jerebu di sekitar rumah penulis masih lagi teruk. Jadi penulis ambil keputusan beli 10 helai penutup hidung dan mulut untuk keluarga penulis. Penulis beli di Petronas lepas isi minyak dengan harga RM1 setiap satu. Tak tahulah kat tempat lain jual berapa ringgit.

Hari ni hero berdua ni ke taska dengan memakai topeng. Kesian pulak tengok dorang ni kena pakai topeng. Saiz kecik takde. Jadi, kena pakai jugak saiz yang mana ada hingga menutupi mata.

Danish relaks je pakai topeng tu sejak dari rumah, dalam kereta hinggalah sampai taska. Even kat taska pun sebelum penulis tinggalkan mereka, Danish masih pakai lagi hinggakan penjaga kat taska panggil dia doktor.

Tapi Aqil macam tak selesa bila pakai topeng tu sebab asyik kena pada mata aje.

Harap-harap dorang berdua ni takde masalah kesihatan masa jerebu melanda negara sekarang ni.

Malam tadi penulis dan isteri ambik keputusan untuk tidak benarkan Irfan dan Allya ke sekolah sebab keadaan jerebu yang masih belum surut walaupun dapat berita yang sekolah sudahpun dibuka setelah diberi sehari cuti darurat. Tapi Irfan hari ni beriya-iya nak pergi sekolah. Bukan apa, dia begitu eager nak pakai topeng.

Allya ok je kalau tak pergi sekolah hari ni tapi sebab Irfan pergi sekolah maka Allya pun kena pergi sekolah juga.

Syafiq tidak diberi keistimewaan untuk tidak pergi sekolah hari ni sebab dia sudah besar dan sudah diberi topeng untuk dia pakai bila ke sekolah dan di dalam kelas.

Harap-harap hujan akan turun dua tiga hari ni supaya pencemaran jerebu ni berkurangan atau hilang terus.

Sekian.

4 comments:

  1. Alhamdulillah...disini KKB, Selangor hujan dah turun, terasa udara segar...semoga esok hari yang cerah. Semoga tempat anda juga akan bertambah baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tempat sedara dah hujan. Banyak tempat di Selangor dah hujan petang tadi. Tapi di Gombak ni, setakat malam ni masih belum hujan, cuma angin je bertiup kencang.

      Delete
  2. Melaka still RM0.50....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak peniaga ambik kesempatan dengan keadaan semasa. Ada kedai runcit kat sini jual sampai RM2.00. Memang tak patut betul.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.