Pages

Thursday 11 October 2012

Phone jadi mangsa

Irfan dan Samsung GS2

Sekarang ni anak2 dah pandai main game, tengok YouTube kat phone. Setiap hari mesti ada game baru yang dorang install kat phone especially Irfan. Dia akan masuk Google Play dan install aje game2 yang dia rasa best. Biasanya phone mummy yang jadi mangsa. Phone daddy dorang tak berani sebab asyik kena marah aje. Jadi, untuk mengelakkan phone tu jadi "berat" dan penuh dengan game, terpaksalah daddy nya yang uninstall.

Lain pulak dengan Aqil. Dia suka tengok ABC song dan lagu Gummy Bear kat YouTube. Kadang-kadang tu sampai bateri tinggal 4% atau 5% je. Skit lagi dah nak empty. Sama jugak dengan Irfan, phone mummy yang jadi mangsa.

Irfan pun kadang-kadang buka YouTube jugak untuk tengok video pasal Lego atau truck radio control (RC). Penulis pun terjebak sama dengan dia bila ada video pasal mainan.

Syafiq dan Allya dah ada phone sendiri jadi dorang tak kacau sangat phone daddy and mummy.

Danish yang kecik sekali tu dah mula pandai rampas phone dari Aqil sebab dia pun nak tengok sama.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.