Pages

Sunday, 3 June 2012

Santai pagi ahad

Hari ni penulis dan keluarga hanya bersantai sahaja di rumah sambil melayan karenah anak-anak.

Danish yang dah pandai main dengan sendiri macam biasa akan mintak nak main kat car porch. Lepas tu si Aqil akan start ikut keluar dan mula menyakat adiknya Danish.

Abang Syafiq dan Irfan sibuk duk layan youtube guna handphone mummy manakala Allya pun sama juga duk layan youtube tapi guna handphone daddy.


Aqil dengan penyapunya
Danish sedang disakat oleh abangnya Aqil.
Aqil tengah menyakat adiknya Danish.
Danish dah dapat penyapu selepas berebut dengan Aqil.
Aqil
Danish tengah buat sepah.
Syafiq dan Irfan dan youtube.
Asyik main handphone daddy je. Habis la bateri tu.
Allya Nadhirah

Saturday, 2 June 2012

Balik kampung


Hari ni penulis dan keluarga balik kampung belah isteri untuk satu kenduri tahlil arwah nenek isteri yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk boyot.

Penulis tak sempat nak ambik gambar masa event. Jadi, penulis hanya ambil gambar venue event sahaja.

Memang cantik rumah ni.


Rumah nenek belah wife.

Thursday, 31 May 2012

AQIL


Ini gambar terbaru Aqil. Suka nyakat adiknya Danish. Dalam satu hari kalau tak nyakat Danish memang tak sah. Apa yang Danish pegang, Aqil akan rampas dan dengan muka tersengih, dia akan biarkan Danish menangis.. hehehe.. kadang-kadang memang kelakar tengok gelagat dua orang ni.

Sekian.

Muhammad Amirul Aqil
Danish, Irfan, Aqil.
Special post by Aqil
Nak ambik gambar Aqil ni memang payah.

Tuesday, 29 May 2012

Danish sakit

Hari ini penulis terpaksa ambik cuti kecemasan sebab nak kena hantar Danish ke klinik. Malam tadi Danish tak dapat tidur dengan nyenyak. Batuk-batuk dan muntah-muntah. Badan pun panas.

Malam tadi dah bawak pergi jumpa doktor untuk rawatan sebab dah ada tanda-tanda dia nak demam. Doktor kata ada kahak daam paru-paru. Doktor bagi sedut gas untuk mencairkan kahak.

Seperti yang dijangka, dalam paru-parunya masih ada lendir kahak. Itu sebab dia bernafas laju dan bila batuk pun macam tak lepas aje. Doktor bagi gas lagi untuk disedut.

Baru sekejap tadi dalam pukul 5pm, penulis sekali lagi bawa ke klinik untuk rawatan yang sama, sedutan gas bagi mencairkan kahak. Malam ini dalam pukul 9:30pm dijadualkan untuk datang lagi ke klinik untuk rawatan yang sama.

Walaupun masih bernafas laju, Danish masih aktif bermain dengan ubat-ubatnya yang doktor bagi malam tadi. Harap-harap malam ni Danish akan beransur pulih.

Sekian.

Danish duk main dengan ubat yang dia dapat.
Jangan bagi tumpah dah ler.
Tutup kuat-kuat ye Danish
Dah habis main dengan ubat, simpan elok-elok ye Danish.

Friday, 25 May 2012

Keputusan periksa Irfan cemerlang

Seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas Tadika Titian Sayang (tempat Irfan belajar) telah mengadakan peperiksaan pertengahan tahun. Pada hari Jumaat, hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah, tadikan mengadakan party day. Sebelum itu Irfan beritahu yang cikgu kata Irfan dapat nombor 3 dalam kelas jadi semasa hari jamuan itu, Irfan telah mendapat hadiah kerana mendapat tempat ke-3 dalam kelas.

Hari Ahad yang lepas, pihak sekolah telah menjemput semua ibubapa ke sekolah untuk review tahap prestasi anak-anak. Irfan telah mendapat keputusan yang cemerlang. Bila tengok kad laporan, Irfan sebenarnya mendapat tempat ke-2 dengan peratusan 98.7%. Mengikut kata cikgu, tempat pertama adalah 99.0%.

Tahniah untuk Irfan. Dibawah ini adalah ulasan guru terhadap keputusan peperiksaan Irfan.

"Amirul is a good in his studies. Do lots of reading & homeworks in order to attain better result in future. Good luck".

Ini dia buku laporan periksa Irfan.
Irfan