Pages

Friday 25 May 2012

Keputusan periksa Irfan cemerlang

Seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas Tadika Titian Sayang (tempat Irfan belajar) telah mengadakan peperiksaan pertengahan tahun. Pada hari Jumaat, hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah, tadikan mengadakan party day. Sebelum itu Irfan beritahu yang cikgu kata Irfan dapat nombor 3 dalam kelas jadi semasa hari jamuan itu, Irfan telah mendapat hadiah kerana mendapat tempat ke-3 dalam kelas.

Hari Ahad yang lepas, pihak sekolah telah menjemput semua ibubapa ke sekolah untuk review tahap prestasi anak-anak. Irfan telah mendapat keputusan yang cemerlang. Bila tengok kad laporan, Irfan sebenarnya mendapat tempat ke-2 dengan peratusan 98.7%. Mengikut kata cikgu, tempat pertama adalah 99.0%.

Tahniah untuk Irfan. Dibawah ini adalah ulasan guru terhadap keputusan peperiksaan Irfan.

"Amirul is a good in his studies. Do lots of reading & homeworks in order to attain better result in future. Good luck".

Ini dia buku laporan periksa Irfan.
Irfan

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.