Pages

Tuesday, 31 May 2016

Aquascape: Status terkini (3 bulan)

Assalamualaikum wbt..

Hari ini penulis ingin mengemaskini status terbaru tangki utama laman air kepunyaan penulis. Gambar di bawah ini menunjukkan keadaan terkini setelah tangki ini beroperasi hampir 3 bulan.


Untuk rujukan, tangki utama ini telah mula beroperasi pada 6hb Mac 2016. Gambar di bawah pula adalah keadaan tangki pada hari pertama tangki beroperasi.


Perubahan mendadak pada tangki ini adalah apabila penulis mula menyalurkan gas karbon dioksida (CO2) ke dalam tangki dengan kadar 1 bps (using normal ceramic CO2 diffuser). Kemudian penulis menurunkan kepada 0.5 bps setelah menggunakan precision bazooka atomiser. Kadar ini adalah sebagai percubaan dahulu dan penulis ingin lihat apa yang berlaku jika kadar ini diturunkan.

Pokok monte carlo yang digunakan sebagai "rumput karpet" amat menarik perhatian penulis kerana warna hijaunya yang terang dan menjalar dengan cepat. Setiap minggu penulis dapat melihat perubahan demi perubahan.



Sekian untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.