Apa khabar semua? Sudah lama penulis tidak menulis di blog ini. Agak sibuk sejak kebelakangan ini dengan kerja dan keluarga.
Pada Khamis minggu lepas 17hb Julai 2014, penulis terbang ke Jepun untuk satu lawatan kerja bersama dengan senior general manager yang berbangsa Jepun. Hari yang sama tragedi MH17. Isteri penulis agak risau dan tidak dapat tidur malam kerana mendapat berita mengenai MH17 yang telah ditembak di sekitar Rusia/Ukrain. Walaupun arah perjalanan agak berbeza tetapi hati seorang isteri yang resah selagi tidak dapat menghubungi suaminya.
Sesampai sahaja di Jepun, penulis terus hubungi isteri dan keluarga untuk beritahu bahawa penulis telah selamat sampai di Jepun. Pada mulanya penulis tidak mengetahui tentang tragedi MH17 sehinggalah diberitahu oleh isteri.
Sesampai sahaja di Jepun, penulis terus hubungi isteri dan keluarga untuk beritahu bahawa penulis telah selamat sampai di Jepun. Pada mulanya penulis tidak mengetahui tentang tragedi MH17 sehinggalah diberitahu oleh isteri.
Penulis tidak akan bercerita tentang lawatan kerja tapi hanya ingin berkongsi gambar-gambar semasa berbuka puasa di Jepun dan beberapa gambar di sekitar bandar Ikeda dan Umeda di Osaka. Beberapa gambar yang telah diedit ini telah dimuatkan ke Instagram milik penulis.
Sekian, terima kasih.
#PRAYforMH17 - Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan mangsa tragedi MH17.
Berikut adalah beberapa gambar ketika penulis berbuka puasa di Jepun.
Pintu masuk restoran. |
Tak tahu nama apa menu ni tapi yang bahagian atas pada nasi tu adalah ikan makerel. |
Menu sotong bakar dan timun. |
Nasi yang di sumbat dengan tuna dan timun. |
My favourite, shasimi. |
Terung |
Suasana dalam restoran. |
Suasana dalam restoran. |
Berikut adalah gambar-gambar persekitaran bandar Ikeda dan Umeda.
Pemandangan kompleks membeli-belah terkenal iaitu Yodobashi di Umeda, Osaka. |
Antara lorong-lorong yang penulis lalui untuk ke stesen keretapi Ikeda, Osaka. |
Salah satu restoran makanan Jepun di sekitar stesen keretapi Ikeda, Osaka. |
Kawasan perumahan di lorong-lorong yang penulis lalu untuk ke stesen keretapi Ikeda, Osaka. |
Gambar waktu malam di sekitar stesen keretapi Ikeda, Osaka. |
Seronoknya dpt lawat negara orng...
ReplyDeleteMemang seronok plus dapat tengok budaya hidup di negara orang lain.
ReplyDelete