Sunday, April 17, 2011

Mata Irfan bengkak

Dah tiga hari mata irfan kejap bengkak, kejap ok, lepas tu bengkak balik. Time nak bawak gi klinik bengkak dia dah hilang. Jumaat lepas cikgu tadika dia suruh balik sebab mata dia bengkak. Sabtu time nak bawak gi jumpa doktor klinik kat rumah tutup pulak.

Hari ni paling teruk bengkaknya. Pagi tadi ok je masa kat rumah nenek dia. Balik dari rumah mak mertua tu baru nampak teruk.  Rasanya bila dia rasa gatal dia gosok (orang klate panggil genyeh mato) mata dia. Sebab tu lah jadi bengkak. Mungkin masa dia tidur dalam kereta tadi, dia genyeh-genyeh mata dia so terus bengkak.

Sekarang tengah menunggu doktor yang belum sampai-sampai lagi. Kata klinik bukak pukul 5. Ini dah 5.12pm pun doktor tak sampai lagi.

.... baru lepas jumpa doktor. Doktor kata mata Irfan kena infection. So, doktor kasi ubat antibiotik, ubat mata, dan ubat gatal. Ubat titik kena bagi 2 titik setiap 2 jam.

Sent from my htc.android device via Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.