Pages

Sunday, 28 August 2011

Selamat hari lahir, Allya (8) dan Aqil (2).

Pada bulan 7 yang lepas, telah diadakan beberapa acara sambutan hari jadi Allya Nadhirah (15/07 - 8 tahun) dan Muhammad Amirul Aqil (16/05- 2 tahun) di lokasi yang berlainan.

Ini adalah gambar-gambar acara sambutan majlis hari lahir mereka di rumah Ki dan Wan (Greenwood).
Gambar kiri: Aqil tak nak ambik gambar, sambil Allya ready untuk bergambar. Gambar kanan: Allya yang comel.

Ini pula adalah gambar-gambar yang di ambil di rumah (Taman Samudera).

Dan ini pula gambar-gambar yang diambil di lokasi rumah nenek mereka (Bandar Rinching, Semenyih).

Selamat hari lahir kepada anak-anakku daripada Daddy, Mummy, Syafiq, dan Irfan.

Sekian.
--
sent via android. have a nice day.


Saturday, 13 August 2011

Jalan-jalan di Taman Burung

Seminggu sebelum puasa aku sempat bawak isteri dan anak-anak melawat taman burung berdekatan dengan tasik perdana.

Cuaca taklah panas sangat sebab keseluruhan taman burung di tutup dengan jaring.

Kalau ke taman burung kena hati-hati sebab takut terpijak atau terduduk atas tahi burung. Seluar Irfan dah terkena dengan tahi burung. Ntah macam mana boleh terkena pulak.

Actually not bad jugak bawak family ke taman burung ni sebab boleh tunjukkan pada anak jenis-jenis burung yang ada. Overall, anak-anak sangat gembira melawat taman burung ni.

Sekian.
----------
sent from my android phone


Gambar ni diambil selepas keluar dari Taman Burung.
Ini adalah antara gambar-gambar burung yang diambil. Ada banyak lagi gambar tapi rasanya cukuplah kot 3 photo ni.





Saturday, 6 August 2011

Berbuka puasa di luar

Hari ini aku berkesempatan bawak family untuk sekali-sekala berbuka di luar. Kali ini hajat di hati untuk bawa isteri dan anak-anak berbuka di Manhanttan Fish Market di Pavillion tapi full house. Ramai yang buat reservation.

Jadi untuk tidak mengecewakan semua, aku bagi cadangan untuk take away dan berbuka di food court saja. Nasib baik dapat tempat.

Bila dah selesai berbuka, tiba masanya untuk bersolat. Masalahnya nak cari surau bukan main susah sebab tak tahu di mana dan jarang-jarang ke Pavillion. Tanya orang pun, bagi direction tapi still tak jumpa surau. Akhir sekali, aku ambik keputusan untuk tanya guard dan minta dia tunjukkan arah. Alhamdulillah, jumpa jugak surau.

Info: surau di Pavillion berada di tingkat 5, sebelah kiri lift.

Selepas selesai solat, jalan-jalan kat pavillion untuk cari baju dan kasut anak. Allya beli baju Girlie dan Irfan beli kasut Bata. Kasut untuk Aqil terpaksa beli lain kali sebab takde saiz. Syafiq dah dapat kasut Nike dan Danish tak yah beli kasut sebab kecik lagi. Kasut yang ada tu pun still boleh pakai.

Lebih kurang pukul 10pm, kami balik.

Sekian.

Wednesday, 27 July 2011

Bawak wife n anak2 jalan2

Last sunday, aku dan isteri bawak anak-anak jalan-jalan ke Pavillion. Cari baju raya dan lunch di Manhattan Fish Market. Yang takde dalam gambar adalah Danish. Disebabkan dia masih kecik (6+ bulan), kami tinggalkan dia kat babysitter. Bila dia dah besar sikit baru boleh bawak jalan-jalan sama.

Thursday, 19 May 2011

Syafiq muntah2.

Hari ni Syafiq tak pergi sekolah sebab kepala pening-pening katanya. Balik kerja tadi nampak dia masih baring, badan lemah. Makan bubur pun terus muntahkan balik. Terus bawak dia pergi jumpa doktor.

Doktor bagi ubat tahan muntah. Doktor kata kemungkinan angin. Sebab tu muntah. Dan dia nasihat untuk minum air 100 plus untuk bagi tenaga. Lepas jumpa doktor, terus beli dua botol 100 plus.

Dapat 2 hari cuti sakit.
_____
sent from my nokia phone