Pages

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

Restoran Beriani Asif Jalan Padang Walter Grenier


Hari ini penulis dan isteri bawa anak-anak makan tengah hari di Restoran Beriani Asif. Lokasi restoran ini adalah di Jalan Padang, Lorong Walter Grenier, Bukit Bintang.

Sebenarnya sudah banyak kali kami makan di sini. Cuma hari ini, penulis tergerak hati nak menulis tentang restoran ini. Restoran ini telah diperkenalkan oleh isteri penulis.

Saturday, 18 May 2013

Pasar Chow Kit


Setiap hari Sabtu, pada kebiasaannya penulis dan isteri akan hantar Amadada (Aqil) dan Bebo (Danish) ke Taska. Walaupun tidak bekerja pada hari Sabtu, kami akan hantar juga mereka ke Taska sebab nak uruskan apa-apa yang perlu.

Wednesday, 3 April 2013

Sehari di Cameron Highlands


Hari Khamis lepas penulis dan isteri bawa anak-anak berjalan-jalan di Cameron Highlands sempena cuti sekolah kali ini. Yes.. sekali lagi kami ke Cameron Highlands tapi kali ini pergi balik hari saja. Kali terakhir kami di sini adalah pada bulan April 2012, lebih kurang setahun yang lepas.

Pagi-pagi lagi semua anak-anak sudah bangun untuk bersiap-siap nak pergi berjalan. Isteri sibuk membuat sandwich untuk dibawa dan dimakan masa dalam perjalanan. Setelah semua bersiap-sedia, kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 9.00am.

Sunday, 31 March 2013

Makan tengah hari di Al-Rawsha

Hari ini penulis dan isteri belanja Abah dan Ma, makan tengahari di Restoran Al-Rawsha iaitu sebuah restoran nasi arab dari Lubnan. Lokasi restoran nasi arab ini adalah di Kampung Pandan.

Masing-masing menunggu makanan dengan penuh sabar.

Sunday, 24 March 2013

Rabbit Fun Land II

Salam to all.

Dah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini.

Sempena cuti sekolah yang pertama untuk tahun 2013 ini, penulis dan isteri membawa anak-anak pulang ke kampung di Bandar Rinching, Semenyih.

Bila berada di sini, tercetus idea oleh isteri untuk bawa anak-anak ke Rabbit Fun Land. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama adalah pada bulan November 2011. Masa tu Danish masih kecil dan tidak dibawa bersama. Dia tinggal dengan neneknya di rumah. Kali ini kami membawa Danish, Farid dan nenek bersama. Danish dah besar dan tak perlu lagi duduk dalam stroller.

Dari kiri: Syafiq, Irfan, Allya, Nenek, Aqil, Farid (sepupu), Mummy, dan Danish.

Saturday, 23 February 2013

Selamat hari lahir Adriana [Restoran Al Rawsha]

En. Hasmani, Adriana, Pn. Shana
Hari ini diadakan satu majlis menyambut hari lahir Adriana iaitu sepupu kepada anak-anak penulis. Majlis sambutan hari lahir ini telah diadakan di Restoran Al Rawsha, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Ini adalah majlis hari lahir yang pertama untuk Adriana.

Sunday, 17 February 2013

Dinner di Island BBQ Steamboat

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua. Hari ini penulis ingin kongsikan pengalaman makan petang + malam di restoran Island BBQ Steamboat pada hari Sabtu 16.02.2013. Restoran ini adalah kepunyaan Pn. Faridah Abdul Rahman dan suaminya. Pn. Faridah ini adalah rakan kepada isteri penulis semasa belajar di universiti di Amerika Syarikat sewaktu masa dahulu.



Monday, 21 January 2013

Dinner di Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam.

Malam ni aku bawa isteri keluar dinner di satu tempat yang dicadangkan oleh Chef Aswad. Sebuah restoran kendalian "multi award winning chef" yang tidak asing lagi iaitu Chef Zubir (Chef Zubir adalah juri untuk rancangan tv realiti masakan, MasterChef Malaysia. Dinner ini aku memang plan sempena menyambut hari lahir isteri yang jatuh pada 14hb Januari 2013.

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Laman Grill Steak & Bar-B-Que. Lokasi restoran ini adalah di Seksyen 13, Shah Alam. Detail mengenai restoran ini boleh diperolehi dari laman web Laman Grill dan laman facebook Laman Grill Bar-B-Que.