Pages

Showing posts with label Allya. Show all posts
Showing posts with label Allya. Show all posts

Sunday, 28 July 2013

Plan tak jadi


Assalamualaikum wbt.

Semalam lebih kurang pukul 10:30AM, penulis dan isteri serta anak perempuan penulis, Allya, ke Sogo untuk beli beberapa barang. Bukan untuk beli barang persiapan raya atau baju-baju raya anak tapi just nak beli ampaian kain dan drawer baju anak aje. Baju raya untuk anak-anak, isteri dah beli siap-siap. Kami ke Sogo untuk beli barang-barang ni sebab buatan yang dijual kat Sogo agak tahan dan design yang dicari ada dijual disitu.

Saturday, 29 June 2013

Handphone baru Allya dan Syafiq

Phone Syafiq dan Allya

Hari ni penulis ke Celcom Centre di Selayang untuk mendapat simkad baru phone number Allya sebab phone lama dia dah hilang. Dah agak lama phone dia hilang dan simkad dia pun dah lama tidak diambil di Celcom Centre.

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu

Aqil dan Danish on the way ke Taska.
Semalam keadaan jerebu di sekitar rumah penulis masih lagi teruk. Jadi penulis ambil keputusan beli 10 helai penutup hidung dan mulut untuk keluarga penulis. Penulis beli di Petronas lepas isi minyak dengan harga RM1 setiap satu. Tak tahulah kat tempat lain jual berapa ringgit.

Saturday, 20 April 2013

Allya: Kem Kokurikulum

Sejak petang semalam, Allya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya iaitu kem kokurikulum.

Sesi pendaftaran

Wednesday, 2 January 2013

Sesi persekolahan 2013 telah bermula

Hari ini 4 dari 5 orang anak-anak telah memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2013.

Amirul Syafiq masuk ke Tingkatan 1, Allya Nadhirah masuk ke Darjah 4, Amirul Irfan masuk ke Darjah 1, dan Muhammad Amirul Aqil masuk ke Tadika 4 tahun. Amirul Danish sahaja yang tinggal di Taska.
Semuanya berjalan dengan lancar.

Gambar Syafiq kat sekolah menengah tak ambik sebab terlupa. Lagipun kelam-kabut nak ke sekolah agama Allya dan Irfan dan juga nak gi tengok Aqil naik bas untuk balik ke Taska buat pertama kali.













Sekian.
__
Sent via Samsung Mobile

Sunday, 2 December 2012

Mainan baru

Sabtu lepas kami membawa anak-anak untuk membeli-belah pakaian dan barangan sekolah. Sambil tu kami belikan juga beberapa mainan untuk anak-anak.

Aston Martin Racing DBR9 milik Irfan

Dah lama Irfan nak beli Aston Martin RC ni.

FACO BLOCKS untuk Aqil dan Danish.

Dah habis main, tolong simpan balik yaa.. jangan sepah-sepah..

Almari Barbie yang baru dibeli untuk Allya.

Allya bersama koleksi mainan Barbie yang dikumpul sejak kecik.

Bapaknya pun tidak ketinggalan menambah koleksi mainan untuk perhiasan.

Suzuki Hayabusa

DUCATI Valentino Rossi masih dalam kotak yang tak mungkin akan dibukak unless kalau anak-anak buat kacau.




Monday, 5 November 2012

Allya: Final exam result Tahun 3, 2012.


Tahniah Allya Nadhirah kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir Tahun 3, 4[A] 1[B].

Dan tahniah juga sebab dapat nombor 1 dalam kelas. Tingkatkan usaha untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang, Tahun 4.

Sekian.

AR
Sent from Samsung Galaxy Note



Wednesday, 18 July 2012

Selamat hari lahir, Allya (9) dan Aqil (3).

Pada 15/07/2012 yang lepas telah diadakan satu majlis sambutan hari lahir untuk Allya Nadhirah (9) dan Muhammad Amirul Aqil (3).

Sambutan diadakan di rumah parents di Gombak.

Dikesempatan ini Mummy and Daddy nak ucapkan selamat hari jadi pada Allya dan Aqil. Moga panjang umur. Amin.

Sekian.